Saturday, 26 April 2014

Make Me Gorgeous Workshop 2014 by EH!

Hai.. 
Selamat malam.. Fuhh! penatt berjalan hari nie.. Sempatkan diri update blog dulu sebelum lelapkan mata.
Kita tak plan pun nak habiskan weekend untuk join bengkel kecantikan but petang semalam dapat msj from my lovely ex housemate ajak pergi bengkel anjuran EH! Magazine.. Kita pun memang suka baca majalah EH! untuk tambah info bab2 trend terkini.. And tengok pun ada hadiah and goodie bags yang best terus je on hee.. Giler tak nak pergi, hadiah lebih RM200 just bayar yuran RM50.. Terus reply kat my fren 'i okey je..'
Disebabkan workshop tu buat kat kay el, Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Off Tun Abd Razak, KL kena la bertolak pagi2, alhamdulillah semua berjalan lancar tak susah pun nak cari..

Kita just nak story sikit je sebab yang lain korang boleh enjoy da picture.. Sepanjang program tue, kita belajar guna product skin care and makeup by Laneige, diberi info about nutrition food by Herbalife, how to match Skechers shoes dengan your outfit, Nichii terangkan blouse and dress diorang yang akan dilaunch time Ramadhan nnti and info untuk how to wear their collections and lastly kitorang berpeluang gunakan camera digital Casio exilim (sensor dari jauh untuk amik gambar plus tak payah edit gmbr korang guna app 360 sebab diorg dah ada mode utk dapat gmbr flawless)

The best thing! Setiap sponsored bagi 5 cabutan bertuah ok.. Kita and my fren dpt cash voucher RM300 total RM600 shopping at Nichii!! Plus diorang sediakan lunch pun giler best!! Next year jangan ketinggalan untuk join ok!! 

Ok!! The end!

Balik tu singgah Mid Valley Megamall redeem my hadiah lucky draw!!

Sunday, 13 April 2014

Miscarriage or Keguguran

Assalamualaikum dear pembaca.. 
Tujuan post kita hari nie sekadar nak kongsi pengalaman kita keguguran or miscarriage.. Pada yang tak tahu tanda2 or tengah tanda2 keguguran kita share dalam post kita hari nie pengalaman kita tak ada kena mengena dengan orang lain.. 
After 3 years kita berkahwin so, alhamdulillah Allah swt bagi kita peluang kita merasa jadi mama kejap.. Lepas tengok result upt rasa tak percaya pun ada kita tengah hamil.. Orang tua2 ada cakap jangan excited sangat bila hamil, tapi dah 3 tahun kahwin giler tak excited..   Masa awal2 kahwin mmg ada merancang untuk lewatkan dulu ada baby, tapi tak ada lah sampai ambil ubat or pil2 hormon.. And kebetulan mmg belum rezeki.. 
Ok, back to the topic.. Memandangkan period kita teratur.. Kita dah boleh agak kemungkinan kita hamil.. Cukup je sebulan kita xdtg period baru kita beli upt kits dekat Guardian, waktu tu sebab dah tengok hubby mabuk2.. Pelik jugak, sebab nak kata dia tak makan, makan je.. Pastu esok pagi2 kita buat upt test.. And macam tak percaya ada dua line terang sgt2..masa tu 9hb Mac balik dari Seminar Pengurusan Stress dekat Melaka. (Ingat lagi terasa sangat ngn hubby sebab tak jemput wife dia balik kursus.. Emosi tengah tak stabilkan)

Masa tahu pregnant kita makan buah je sebab tak lalu pun nak makan sangat, hubby je lebih2 mabuk and mengidam.. Memang tak beban pun masa rasa pregnant tu.. 4hb April kita balik kampung ada kenduri kahwin adik ipar.. Kita tak tahu mana silap nyer and segala detik hitam bermula  dekat rumah mak mertua kita..sebelum balik tu nervous jugak sebab jalan jauh takut penat.. (Apa yang kita takutkan tu berlaku jugak) 

Sepanjang kenduri kita memang tak lah buat keje berat pun, tolong mama cuci pinggan sedara mara makan je.. Tak lah banyak sangat buat kerja berat.. Cuma malam 5hb tu ada terasa senak perut masa cuci pinggan tu pun rasa sebab berdiri lama..Mama ckp mama boleh buat tp kita ckp xpe baby tak cerewet sangat..(okey saya mmg degil) kita cepat2 sudah kan terus baring kat bilik, memang sakit sangat2.. Kita istghfar banyak2 pujuk baby jangan sampai jadi pape.. Esok pagi nak gerak balik lepas sudah mandi kita nmpak secalit darah warna coklat dekat tuala.. Masa tu fikir tak ada pape kot sikit je, baby terkejut.. Bila sampai rumah darah macam period keluar lagi.. Dah cuak jugak, cepat2 baring.. Petang tu keluar dengan hubby tengok wayang..balik perot rasa masuk angin sangat2 rasa macam nak period..and lagi darah keluar macam darah period, kita cuma keluar darah time kat toilet je tak banyak pun plus tak sakit pun..

Disebabkan kita tak sakit, hari ketiga darah keluar berterusan baru kita ke wad kecemasan..  Kat wad kecemasan tu nurse tnya kenapa baru dtg kalau dtg dari hari pertama boleh kita bagi ubat kuat kan rahim, terus nak menangis rasa.. sebab tak pernah pregnant kan tak tau la bahaya ke tak bahaya.. Duk google ada kata sakit yang tak sakit tu biasa2 je.. So, decide rehat je kat rumah..(kita lagi stress duduk spital tunggu lama2) disebabkan cuti masih ada kita rehat je lah.. Doc check dah tak ada jantung, baby tak ada kantung.. Just janin je ada.. Doc bagi mc 2hari and sruh datang scan balik seminggu lepas tu untuk check kot2 ada perkembangan lain waktu tu dah 9minggu..And sabtu lepas 12hb April, petang tu rasa sakit sgt2 kat bahagian ari2...tak tahan sampai guling2 atas katil nangis puas2 nak ilangkan rasa sakit.. Hubby duk sebelah diam je tengok wife dia golek2.. Sebab tak tahan sangat ajak hubby gi wad kecemasan.. Sampai je doc bagi ubat tahan sakit pastu hantar ke wad bersalin scan kat bawah.. Doc ckp dah pass means dah clear.. Doc bagi injection kat peha sakit giler.. Sejam lepas tu baru boleh balik doc bekalkan antibiotik 2 jenis and ubat tahan sakit.. Sekian pengalaman kita.. So nasihat of the day, kalau keluar darah sikit pun cepat2 gi spital wad kecemasan kita akan diberi keutamaan dahulu bagi yang pregnant and keluar darah, jgn lambat2 gi spital okey..

P/s: pagi waktu nak balik ke rumah and keluar secalit darah tu hubby ada ckap padan la dia tak rasa mabuk2 ag or rasa tak selesa, and kita perasan kita pun automatik dah tak mengantuk macam selalu.. Kalau tak rasa nak tido je sepanjang masa..  Doakan saya untuk ada baby.. In sha allah..

Saturday, 8 March 2014

My Update Skin Care Routine (Natural Organic Product)

Hi sayang!! 
Macam nak tak nak je kan blog nie..  Kejap ada kejap hilang ntah ke mana..Tujuan kita berblog pun untuk kongsi something yang berguna in sha Allah.. 
AMARAN: Apa yang akan kita kongsi ni based on my experience and my skin type.. So, pada sesiapa nak cuba sila buat research terlebih dahulu and must know what your skin is needed.. And I am not a beauty expert, just share my opinion..

Last 2 month kita slowly change my skin care product to my home made natural organic skin care.. Kenapa? Sebab masalah kegawatan ekonomi heee and memandang kan kulit kita sangat sensitif susah kita nak cari product yang sesuai dengan my skin type..  Untuk maintain guna kan product yang sesuai pun jadi masalah sebab kan cost yang melampau.. Nak kata natural organic skin care product yang kita guna ni murah tak jugak.. But trust me.. Boleh tahan berbulan2 and i see da different.. (I loiiikeee) 

Trust me this need consistency. Means korang kena rajin amalkan.. Trust me in a month i feel the different, muka kita bertambah gebu @ bouncy kot (bukan sebab dah gemok okey heee) , bertambah glowing or sihat (selain amalkan vit.c rosehip), acne scars or parut jerawat kita is fading semakin pudar.. Jerawat pun dah sopan santun 2/3 days dah menghilangkan diri.. And kalau kita nak ber'makeup' pun dah senang cuma makeup yang nipis pun dah ok! But, lately kita malas nak makeup sebab makeup product is bad for your skin..

Ok, lets start the topic..
In the morning..
I use Pure Apple Cider Vineger  (with mother in it) as my Cleansing Toner- i mix with water half spray bottles of water and half bottles of Pure Apple Cider Vineger. After shake the bottles to mix them together i spray on my cotton pad and gently rub all over my face avoid the eye areas.
Then i double clensing with my Cetaphil Gentle Cleanser.
Lepas keringkan muka i use my diy Toner - i mix with Witch Hazel and a drop of Tea Tree Oils, i spray on my cotton pad and gently rub all over my face avoid the eye areas. 
And ready to go.. Or i continue with my makeup

Night skin care routine

I use 100% Organic Certified Extra Virgin Coconut Oils (EVCO) as my makeup remover or to remover all the dirts on my face.. Just take 5 drops of EVCO and apply on my face and gently rub my face and leave for a minutes.. And take a cottton pad and remove the oil on my face
Then, i use my Cleansing Toner repeat as my morning routine..
Kemudian kita kita akan steam muka kita untuk membuka pori2 buang kotoran yang tinggal.. Kita just panaskan air and letak 1 sachet Organic Green Tea dalam bekas kaca dan tutup menggunakan tuala..(biarkan selama 15-20 minit) this is best part!! Muka kita akan jadi soft sangat macam kulit baby.. I will do this bila kita rasa muka kita sangat2 kotor.. 
Okey next step lepas keringkan muka i use Organic 100% Raw Honey (unfiltered or unpasturized) as my mask - i mix with Nutmeg, Ground Cinnamon or Tumeric, mix them sampai sebati dan warna mask jadi gelap (bukan campuran yang cair it is not working) apply on your face and leave for 15-30 minutes
Kemudian kita akan cuci muka dengan jadikan mask kita sebagai exfoilater or scrub, kita akan gently rub in circular motion all over my face with water on my hand and wash my hand and rub again and wash my hand repeatly over and over again until all the mask is clear on my face.. I do this daily for best result!!
Lastly kita gunakan 2 drops of 100% Organic Certified Extra Virgin Coconut Oils (EVCO)  as my Moisturizer.
For extra acne treatment i use Tea Tree Oils put a drops on cotton buds and put on my acne or jerawat then, take my Mario Badescu Drying Lotion and also put on my acne..This is working jerawat kita yang besar kering in 24hrs je.. Love it!!  Ready to sleep..
The ends.. 

Thanks for reading..  For more info about the price or where can you buy just leave your comments below..







Friday, 13 December 2013

Review: Murad Resurgence @ Hydrating Toner

It's all about my routine!!
Hai syg2! Last few weeks kita ada share about ModBox Beauty Box! So, today kita nak review about Murad Hydrating Toner dari Modbox Beauty Box! Memandangkan sebelum ni kita just pakai Toner from Clean & Clear je plus Smoother (pink) from Etude House dan dah habis pun pakai so far kulit kita tak ada masalah cuma perasan kalau guna toner clean&clear sahaja kulit kita jadi kering sikit. 
After using Hydrating Toner from Murad in a month, boleh dikatakan product ni sesuai dengan muka kita. Apa yang kita perasan fungsi dia sama seperti Smoother Etude House. Memandangkan kulit kita dah tak ada masalah kulit kering or dry skin cukup sekadar kita guna Murad Hydrating Toner and apply my day cream to work dan resultnyer sampai ke petang kulit kita masih lagi lembab. Dari segi texture kita lebih suka guna Murad Hydrating Toner sebab bila kita apply rasa air biasa plus cepat meresap pada kulit tanpa rasa2 yang pelik. Memandangkan dia datang dalam spray bottles so, dah nak dekat sebulan kita guna baru kurang suku dari bottles so jimatt!! Kita bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️ 4.5/5 star!!
Fyi, i get another 3 more sample from Modbox Beauty Box!! Hee...Oppsss.. 

Okey, merujuk pada gambar di bawah tiba2 ada terselit toner form Hada Labo. Just nak review sikit je, kita beli trial pek Hada Labo after terpengaruh dengan my bff.. But! kulit kita tak sesuai guna product Hada Labo. Lepas kita terima kesan yang agak drastik which is seketol2 jerawat tumbuh kita stop pakai and buat research dengan en. Google memang tak semua kulit sesuai dengan product yang sama. So, moral of the story kalau cuba something try buat research, study dulu pengalaman orang lain sometimes berguna juga untuk kita.. Taklah terbang duit macam tue jee.. Isk isk isk..




Jelly Pong Pong from Modbox Chirstmas Edition

Okey uolls can called me 'the online shopaholic' sejak dua menjak ni rajin baca blog orang kan tu yang cepat terpengaruh hee.. 

But, kita tak ada lah shopping harga yang mahal2 walaupun kadang2 kita tau kita tak pakai pun kan.. Sebelum beli pun kita dah usha youtube, blog2 dengan wikipedia sume bagai sebelum kita beli.. Hoooiii!! i taklah beli saje2 ikot2 orang okey!! (Okeyy!! Ko memang dah terpengaruh pun kaaannn..) Kebanyakkan research yang kita dapat bagitau kenapa jenama Jelly Pong Pong ni kurang popular tapi dari segi product ramai yang puas hati and jadi salah satu product kegemaran diorang. So, disebabkan review diorang sume ok, pe lagi mak grab lah satu untuk mak uolls.. Untuk harga set makeup memang tak dapatlah kan harga RM75 include post cost (eyeliner, lipbalm, cheek stain/lipstick, eye shadow base, eyeshadow and siap bagi gift sharpener lagi kaauuu mampuuu?!!)

Tiba2 kita nak ber jelly pong pong pulak post hari ni hee.. Memandangkan Modbox buat diorang punya Chirstmas Edition as a gift lah kan tapi kita je beli untuk diri sendiri ahakss.. (Pastu jerit dalam hati yeay!!) Sampai je parcel terus bukak excited tol hee.. Bukak2 je comey gileerrr box diorang..

Keesokkan hari nyer bangun awal pagi nak try jelly pong pong punya pasal. Bila dah try jom share my review. 
Lip Cushion Lip Balm - kalau korang tau bibir kita memang sensitif from post kita sebelum ni, tapi lip cushion ni sangat2 best maksud nyer tak alergi kat bibir kita yang bermasalah ni, plus dia ada bau cherry and strawberry yang menyenangkan.
Lip/Cheek Stain- this is my fav product dalam set ni.. Sebab multipurpose kan boleh guna sebagai pemerah pipi and lipstick plus warna dia pun cantik sesuai dengan bibir kita hee.. Suke! Suke! Suke!
Eye Shadow Base/ Concealar- memandangkan kita tak pernah ada eye primer or eyeshadow base so far, bila kita guna kat atas kelopak mata dia nampak natural plus bila kita sapu eyeshadow pun tahan lama. Like it!
Eyeshadow dreaming like and Purple Eyeliner kita belum guna lagi sebab dia shimmering so, kita kurang pandai nak guna sebab kebiasaan nya akan jadi comot hee..

Fyi, Modbox ada buat macam2 set so, korang boleh lah terjah!! BUT, set Jelly Pong Pong dah kehabisan stock untuk 1st edition! Sorry guys!! But, don't worry cause diorg keluarkan set jelly pong pong yang lain!!!

Thanks for reading!! 
(mesti korang cakap kita hampehkan iye2 je wat review pastu sebenarnya dah habis stock pun kan hee..sorry sebab kita pun baru je dapat my set daaa..)










Wednesday, 4 December 2013

Review: Nexcare Acne Patch

Hye! Uolls..
Today kita nak share review about Nexcare Acne Patch membantu masalah jerawat baru #mengecutkanjerawat. Kalau korang memang jenis suka picit2 jerawat Or if korang nak tahu cara handle jerawat yang baru tumbuh kita suggest korang try this product.. Kenapa?? Sebab baru2 ni kita didatangi oleh sang jerawat bermata (yang bernanah tu..) maklumlah bila dah lama jerawat besar2 tak ada so, bila ada tu gatal la tangan nih kann..(gara2 pms ku yang memang kena ready je kannn kalau jerawat tu tiba2 ada)  So, after a few research yang kita buat dengan en. Google #bacablogorg kita berminat nak try this product. So tak payah citer panjang2 tengok gambar dibawah ok!! Hee.. 

Kita nak bagitau.. Product ni hanya akan berkesan bila korang ada jerawat yang bermata or bila jerawat tu masak whatever la.. Sebab acne patch ni akan tolong sedut jerawat yang bernanah tu tanpa korang perlu picit sampai bengkak oke! BUT, korang perlu lah meletOp kan tempat bernanah tu untuk bagi ruang Acne Patch tu berfungsi.. (cucuk guna jarum je okey! Tiba2 ada lak kang jujur guna jari dengan sepenuh tenaga memang berparutlah lepas tu kan~) Fyi, Acne Patch tu tak akan berfungsi untuk jerawat2 yang tak bermata or kesan2 jerawat lama ye.. 
My opinion, disebabkan harga dia tak lah mahal sangat which is RM12 lebih untuk 36pcs boleh didapati di Watson pun plus sangat senang nak digunakan. Kita bagi 3.5 star out of 5. Dan selepas kita guna ditempat yang bermasalah tu semalaman jerawat kita dah tak bengkak (sebab malam sebelum nyer i dah picit kan~ Hee) seperti selalu nyer.. Suka! Suka! Suka! Disebabkan perlu pakai selama 8jam so, kena lah jaga Acne Patch tu dari tertanggal selama 8jam tu.. Okey!! 
Hope this help u guys!! 


Thursday, 28 November 2013

Supplement Terbaik!! Vitamin C Rose Hip

Hi sayang!!

Ok la merujuk pada tajuk di atas. Hari ini kita nak citer details sikit mengenai kebaikan vitamin c rosehip.
Memandangkan kemungkinan besar korang dah google kat tempat lain mengenai kebaikan vitamin c rosehip ni, so kita nak citer pengalaman or testimoni kita sendiri bila amalkan vitamin c ni..
Alkisahnyer~ kita dulu rajin sangat makeup sebab kulit kita kusam mean cuci pakai berus periuk pun still tak glowing2 hehe.. Walau pun make up pergi ofis still orang tegur kita pucat.. So, cmne tu.. Sampai lah satu tahap muka kita become horrible!! Mean hodoh! Sangat menakutkan bila bangun pagi!! Tak suka! Tak suka! And memandangkan Hari Raya nak dekat kena lah cantikkan diri.. And salah satu faktor jugak kita nak cantik sebab guna apps 'Camera360' tiba2 teringin nak dapat muka flawless tanpa edit2 heee.. Sebenarnya penat nak tutup muka dengan makeup, lagi2 bila nak solat nak cabut makeup je dah 15minit!! 
Alhamdulillah lepas search produk yang patut kita cuba ialah makan supplement which is vitamin c baik untuk kulit bersihkan secara dalaman. Bila dengar je ada promosi vitamin tu cepat2 kita beli untuk 3 bulan terus (berani kan?! Xpernah cuba lak tu) dalam hati xpe la dah excited baca testimoni org lain nak juga tengok berhasil tak.. Mula la pengalaman kita amalkan vitamin c, memandangkan harga dia agak mahal sebulan RM100 nak tak nak paksa diri makan minum air banyak2!! Nak cantik ko!! Alhamdulillah seminggu kita dah nampak hasil 
1. Jerawat kita kering cepat!! Dan terkopek sendiri
2. Pori2 dekat hidung dah mengecil dan hidung kita licin je..
Dalam masa sebulan!!
1. Kulit kita makin cerah (kaki tangan muka sekali) siap cari member ukur keputihan!! Haha berjaya kalah kan musuh tradisi!! Fyi, dia sekarang pun beli dengan kita vitamin tu.. Lebiulah kak ayu and kak ina!!
2. Jerawat batu dah tak ada. Kalau keluar jerawat pun semalaman dah hilang.
Dan kita perasan..
1. Resdung kita berkurangan kalau tak pagi2 tonyoh hidung!!
2. Whitehead area hidung dah kurang!! Hampir kepada tak ada lansung klo tak dulu hari2 picit sampai luka keliling hidung!!
So, i just sharing this! Kita jual pada yang seriusly berminat! Kita akan teruskan makan vitamin c nie untuk kebaikan kulit seluruh badan. Jangan jaga muka sahaja, tangan kaki kering rentung (ahakss!! teringat tangan kakiku yang itam) 
Fyi, kita gi ofis pun dah tak pakai makeup tau tu pun org tegur kita cam aweks korea ;p Oppa~ Oppa~ Oppa!! (Ko dah kenapa!!!, sila abaikan ayat penyata terakhir tu oke!!)