Sunday, 27 January 2013

Instagram

Follow me at instagram izanahaide more picture! more update!
See you there!!





Saturday, 19 January 2013

Cuti Hujung Minggu

Hi!
Sebelum mula kan story kita nak bagitau kita dapat Cabutan Bertuah No 3 hadiah nyer adalah Oven.. hoho.. lepas ni boleh share resepi Kek tapi version untuk seorang makan sebab hubby memang tak makan manis2.
Semalam terkejut juga bila tiba-tiba mama ayah dah dekat Batu Caves on the way ke rumah. Haiyaaakkk!! dengan segala pencak silat keluar mengemas rumah sebab sebelum tu baru nak bermalas-malasan time cuti hujung minggu.. rumah pun sedia maklum lah kalau seminggu tak amik port hee..
Disebabkan ilmu pencat silat penuh di dada so, it will be no problem to settel it down hee.. Berjaya dalam bab kemas rumah!! Ujian ke2, tiba2 ayah nak rase menantu dia masak pulak adeiii.. Ayah suruh cari ketam, dalam hati mesti suruh masak sambal.. Dalam hati boleh kot cume tak pernah masak dalam portion yang banyak.. Sempat lagi google resepi untuk comfrim kan balik hee.. Disebabkan ayah tak boleh makan manis decide watkan Sup Ayam ala mamak untuk ayah.. Time masak tu mama nak tolong, tapi kita suruh mama rehat sebab segan nanti tak confident ada orang tengok hee.. So, masak la sorang2 and hubby pun jadi tukang blend bawang and kacau lauk.. Time makan tu mama cakap banyak kali sedap Sup Ayam kita heehee.. Time nak balik adik ipar siap tapau lagi lauk Ketam Sambal and pesan kat Along dia nanti nak suruh kak long dia masakkan lauk ketam lagi.. hee (sebab tu jangan tanya nape along ko buncit ahakss) Berjaya! Mission Completed!

Wednesday, 16 January 2013

Ikan Pemanggang Ajaib

Memandangkan terpengaruh dengan kawan-kawan office yang lain tentang kehebatan Produk di atas. Hubby pun beli untuk isteri tercinta dia (lepas ni suruh makan dekat rumah je la). Sebab dekat pantry hubby semua guna this product. Untuk membuktikan kehebatan produk tersebut kitorang guna untuk kali pertama. Resepi Grilled Lamb with Salad. Lebih cepat masak, masak pun lebih sekata tak macam kalau kita guna pan biasa. Bahagian lemak lamb tu pun sangat lembut dan senang nak makan.
So, pada yang berminat boleh buat order melalui email ini iezaloveshy3103@gmail.com Kami jual dengan harga ahli sahaja RM107 berbanding harga kedai RM129.













Tuesday, 15 January 2013

iphonecase.com.my

Hi there!
Hari ni nak share how to buy iphone/ipad aksesori secara online yang cantik-cantik and banyak pilihan. So this is the web, iphonecase.com.my named as Red Design
Kita pernah order dari this web, hari jumaat kol 8am and ada atas meja hari isnin kul 1pm. Seriusly memang laju, disebabkan casing diorang sangaat cumeelll kita tak sempat snap picture mase terima parcel dari Red Design for my new iphone 5 (ahaksss nak bagitau pakai iphone5 dah).
Pada pendapat kita harga dalam web ni agak mahal, kita boleh dapat lagi murah dekat luar sana. Tapi, nak cari yang betul2 menepati cita rasa kita dekat luar dengan duit minyak and masa lagi. I prefer to order from them only. It all depends dengan korang, pada yang rajin nak cari and tak cerewet macam kita teruskan ..



Monday, 14 January 2013

Catch of the Sunday!!

Padini Authentics Sling Bag just for a rider like me.. xmo bawak bag besar-besar kalau nak merempit. Tujuan jimat tempat duduk..

Sunday, 6 January 2013

Kenapa Nak Cantik??

Hi! Jom share pendapat about this topic..
Semakin dah berumur ni semakin risau pulak dengan keadaan diri, mana nak jaga hubby mane nak jaga kitty dengan rumahnya dengan penatnye kerja dekat office adeiii.. Niat hati nak jugak cantik, tapi kalau tak jaga macam mane nak cantik kan..
Nak cantik boleh tak salah pun, tapi biarlah ukur baju dekat badan sendiri. Jangan lah sampai bebankan husband or diri sendiri. Kalau cantik dekat office je, kat rumah macam Hantu Raya (macam penah tengok je 18sg) tak boleh juga. Pada kita, sikit-sikit sudah.. kat office pun ramai juga tegur, sebab kita serabut sangat.. (dengan tudung herot-berot, pastu pakai slipar asadi jalan satu ofis hew hew). Biarlah macam tu, daripada pergi kerja lelaki lain pandang tak pasal-pasal dapat dosa free.
Dulu kita pernah doa banyak2 nak cantik macam orang lain, maklum lah dulu gelap lagi dari anak India. Sampai kena reject terang2 (tapi itu bukan salah saya, ada mangkuk aniya kita huk huk..) , masa tu budak2 lagi hihi.. Sampai lah zaman jadi akak-akak sekolah menegah, ala2 ayu gitew just tak gelap je.. Zaman kena ngorat, suka tu suka tapi sampai menakutkan pun ada juga kalau time nak balik cepat2 naik bas walaupun terpaksa berhimpit sebab takut punya pasal.
So, bila pikir balik.. Biarlah kita cantik kat mata Dia dari mata manusia. Pada kita, nak cantik wangi pun biar lah dengan husband je. (nak jadi rita rudaini ke scha alyahya ke nasha aziz ke bia dia je tengok)
So, pada yang buat statement 'ko cantik tak ape lah' , ingat lah tak semua yang cantik tu beruntung yang penting hati tu mesti cantik In Sha Allah semua orang sayang. Sebab bila hati kita pun tak cantik, boleh dengan sendiri nya terlihat dekat muka kita. Tips kita; Bacalah selawat ke muka repeat 7x.

Si Jantung Hati BirGirl The Kitten





Saturday, 5 January 2013

Si Jantung Hati Alvin The Kittens







Games Apps from My iPad 3 / New iPad

Do you want to know why i'm crazzzy about the Apple product?
Mostly sebab gambar yang cun plus, nak amik gambar pun tak ada loading2 (terhegeh2) and, it's all about their games. Best2!! Jom Share..
This is my fav games?
Monster Life
Why? Why?
Sebab this game is soo cute macam jaga baby kitten, dah bagi dia makan, main and excercise pastu boleh hantar ke tournament lawan Monster2 lain..
Pada yang busy macam kita ni tak perlu lah nak hadap games ni 24jam, sebab bila all the routine korang dah selesaikan.. Continue je esok hari.. See, dah Level 22 you olls..
Rate: 4 Star








Friday, 4 January 2013

New Year with New Dream

Hi there! 
Why new Blog? Why? 
Hew.. Hew.. 

Memandangkan permulaan tahun baru, so Azam tahun baru semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum. Banyak juga dah kengkawan doa yang baik-baik untuk kita dan tak lupa keluarga mertua yang doa sama. Huhu.. Terima Kasih, hope termakbul doa-doa kalian Amin.. and, for those who has double meaning tu thanks juga.. 'kita tak suke semua orang, so belum tentu semua orang suke kita'.

Blog kita pun terpaksa lah tukar dengan wajah baru, dengan wajah lebih baik. Kita tak perfect tapi kita boleh cuba untuk jadi terbaik. In sha Allah, (remind diri sendiri, esok kalau ko meninggal sape lah yang nak tolong delete kan account-account ko yang tak senonoh tu huh! ). Disebabkan memang suka menulis dari bercakap berBlog tetap diteruskan dengan cara yang dibenarkan.. Boleh gitew. Mana tak nye orang suruh marah ko nangis dulu, orang suruh explain pun ko nangis dulu. Cer citew camne nak citew..

Kita dalam proses melenyapkan semua account-account (dalam laman-laman sosial) zaman jahiliah kita. tapi Kebanyakan nya dalam mode private la so tak lah risau sangat kalau ada yang terlepas dari terdelete.

Happy Blogging!!