Friday, 13 December 2013

Jelly Pong Pong from Modbox Chirstmas Edition

Okey uolls can called me 'the online shopaholic' sejak dua menjak ni rajin baca blog orang kan tu yang cepat terpengaruh hee.. 

But, kita tak ada lah shopping harga yang mahal2 walaupun kadang2 kita tau kita tak pakai pun kan.. Sebelum beli pun kita dah usha youtube, blog2 dengan wikipedia sume bagai sebelum kita beli.. Hoooiii!! i taklah beli saje2 ikot2 orang okey!! (Okeyy!! Ko memang dah terpengaruh pun kaaannn..) Kebanyakkan research yang kita dapat bagitau kenapa jenama Jelly Pong Pong ni kurang popular tapi dari segi product ramai yang puas hati and jadi salah satu product kegemaran diorang. So, disebabkan review diorang sume ok, pe lagi mak grab lah satu untuk mak uolls.. Untuk harga set makeup memang tak dapatlah kan harga RM75 include post cost (eyeliner, lipbalm, cheek stain/lipstick, eye shadow base, eyeshadow and siap bagi gift sharpener lagi kaauuu mampuuu?!!)

Tiba2 kita nak ber jelly pong pong pulak post hari ni hee.. Memandangkan Modbox buat diorang punya Chirstmas Edition as a gift lah kan tapi kita je beli untuk diri sendiri ahakss.. (Pastu jerit dalam hati yeay!!) Sampai je parcel terus bukak excited tol hee.. Bukak2 je comey gileerrr box diorang..

Keesokkan hari nyer bangun awal pagi nak try jelly pong pong punya pasal. Bila dah try jom share my review. 
Lip Cushion Lip Balm - kalau korang tau bibir kita memang sensitif from post kita sebelum ni, tapi lip cushion ni sangat2 best maksud nyer tak alergi kat bibir kita yang bermasalah ni, plus dia ada bau cherry and strawberry yang menyenangkan.
Lip/Cheek Stain- this is my fav product dalam set ni.. Sebab multipurpose kan boleh guna sebagai pemerah pipi and lipstick plus warna dia pun cantik sesuai dengan bibir kita hee.. Suke! Suke! Suke!
Eye Shadow Base/ Concealar- memandangkan kita tak pernah ada eye primer or eyeshadow base so far, bila kita guna kat atas kelopak mata dia nampak natural plus bila kita sapu eyeshadow pun tahan lama. Like it!
Eyeshadow dreaming like and Purple Eyeliner kita belum guna lagi sebab dia shimmering so, kita kurang pandai nak guna sebab kebiasaan nya akan jadi comot hee..

Fyi, Modbox ada buat macam2 set so, korang boleh lah terjah!! BUT, set Jelly Pong Pong dah kehabisan stock untuk 1st edition! Sorry guys!! But, don't worry cause diorg keluarkan set jelly pong pong yang lain!!!

Thanks for reading!! 
(mesti korang cakap kita hampehkan iye2 je wat review pastu sebenarnya dah habis stock pun kan hee..sorry sebab kita pun baru je dapat my set daaa..)










Wednesday, 4 December 2013

Review: Nexcare Acne Patch

Hye! Uolls..
Today kita nak share review about Nexcare Acne Patch membantu masalah jerawat baru #mengecutkanjerawat. Kalau korang memang jenis suka picit2 jerawat Or if korang nak tahu cara handle jerawat yang baru tumbuh kita suggest korang try this product.. Kenapa?? Sebab baru2 ni kita didatangi oleh sang jerawat bermata (yang bernanah tu..) maklumlah bila dah lama jerawat besar2 tak ada so, bila ada tu gatal la tangan nih kann..(gara2 pms ku yang memang kena ready je kannn kalau jerawat tu tiba2 ada)  So, after a few research yang kita buat dengan en. Google #bacablogorg kita berminat nak try this product. So tak payah citer panjang2 tengok gambar dibawah ok!! Hee.. 

Kita nak bagitau.. Product ni hanya akan berkesan bila korang ada jerawat yang bermata or bila jerawat tu masak whatever la.. Sebab acne patch ni akan tolong sedut jerawat yang bernanah tu tanpa korang perlu picit sampai bengkak oke! BUT, korang perlu lah meletOp kan tempat bernanah tu untuk bagi ruang Acne Patch tu berfungsi.. (cucuk guna jarum je okey! Tiba2 ada lak kang jujur guna jari dengan sepenuh tenaga memang berparutlah lepas tu kan~) Fyi, Acne Patch tu tak akan berfungsi untuk jerawat2 yang tak bermata or kesan2 jerawat lama ye.. 
My opinion, disebabkan harga dia tak lah mahal sangat which is RM12 lebih untuk 36pcs boleh didapati di Watson pun plus sangat senang nak digunakan. Kita bagi 3.5 star out of 5. Dan selepas kita guna ditempat yang bermasalah tu semalaman jerawat kita dah tak bengkak (sebab malam sebelum nyer i dah picit kan~ Hee) seperti selalu nyer.. Suka! Suka! Suka! Disebabkan perlu pakai selama 8jam so, kena lah jaga Acne Patch tu dari tertanggal selama 8jam tu.. Okey!! 
Hope this help u guys!! 


Thursday, 28 November 2013

Supplement Terbaik!! Vitamin C Rose Hip

Hi sayang!!

Ok la merujuk pada tajuk di atas. Hari ini kita nak citer details sikit mengenai kebaikan vitamin c rosehip.
Memandangkan kemungkinan besar korang dah google kat tempat lain mengenai kebaikan vitamin c rosehip ni, so kita nak citer pengalaman or testimoni kita sendiri bila amalkan vitamin c ni..
Alkisahnyer~ kita dulu rajin sangat makeup sebab kulit kita kusam mean cuci pakai berus periuk pun still tak glowing2 hehe.. Walau pun make up pergi ofis still orang tegur kita pucat.. So, cmne tu.. Sampai lah satu tahap muka kita become horrible!! Mean hodoh! Sangat menakutkan bila bangun pagi!! Tak suka! Tak suka! And memandangkan Hari Raya nak dekat kena lah cantikkan diri.. And salah satu faktor jugak kita nak cantik sebab guna apps 'Camera360' tiba2 teringin nak dapat muka flawless tanpa edit2 heee.. Sebenarnya penat nak tutup muka dengan makeup, lagi2 bila nak solat nak cabut makeup je dah 15minit!! 
Alhamdulillah lepas search produk yang patut kita cuba ialah makan supplement which is vitamin c baik untuk kulit bersihkan secara dalaman. Bila dengar je ada promosi vitamin tu cepat2 kita beli untuk 3 bulan terus (berani kan?! Xpernah cuba lak tu) dalam hati xpe la dah excited baca testimoni org lain nak juga tengok berhasil tak.. Mula la pengalaman kita amalkan vitamin c, memandangkan harga dia agak mahal sebulan RM100 nak tak nak paksa diri makan minum air banyak2!! Nak cantik ko!! Alhamdulillah seminggu kita dah nampak hasil 
1. Jerawat kita kering cepat!! Dan terkopek sendiri
2. Pori2 dekat hidung dah mengecil dan hidung kita licin je..
Dalam masa sebulan!!
1. Kulit kita makin cerah (kaki tangan muka sekali) siap cari member ukur keputihan!! Haha berjaya kalah kan musuh tradisi!! Fyi, dia sekarang pun beli dengan kita vitamin tu.. Lebiulah kak ayu and kak ina!!
2. Jerawat batu dah tak ada. Kalau keluar jerawat pun semalaman dah hilang.
Dan kita perasan..
1. Resdung kita berkurangan kalau tak pagi2 tonyoh hidung!!
2. Whitehead area hidung dah kurang!! Hampir kepada tak ada lansung klo tak dulu hari2 picit sampai luka keliling hidung!!
So, i just sharing this! Kita jual pada yang seriusly berminat! Kita akan teruskan makan vitamin c nie untuk kebaikan kulit seluruh badan. Jangan jaga muka sahaja, tangan kaki kering rentung (ahakss!! teringat tangan kakiku yang itam) 
Fyi, kita gi ofis pun dah tak pakai makeup tau tu pun org tegur kita cam aweks korea ;p Oppa~ Oppa~ Oppa!! (Ko dah kenapa!!!, sila abaikan ayat penyata terakhir tu oke!!)

Friday, 22 November 2013

Candylicious Night at Equatorial Hotel

Ye la kita jakun.. Ermm (pandang tempat lain)
Tapi tak kira! nak juga buat catatan dalam blog nie (tak suka jangan bace! Huh!) Mana tak nyer jakun first time pergi dinner, girls day out oke.. Maklum lah persatuan pun wanita harus la wanita je yang join.. Time ni la boleh bergaya sakan khenn.. Opsss~ Bak kate pepatah boleh gediks2 heee..#taklamalusangat
Kalau pergi mana2 dinner pun mesti ada tema pakaian kan.. Event malam tu bertemakan 'Colourful & Vibrant'. So, malam tu kita pakai green chiffon dress from ThePoplook.com. Sepanjang event of the year kitorg, event ni paling best la dari segi makanan memang terbaik! Kita tambah mushroom soup 2 kali oke.. Ingat nak tambah lagi, malu laks.. Persembahan pun tak boring.. Walaupun tak berapa bertuah malam tu which is grand prize dia Samsung Led Tv!! (padahal balik cite ngan hubby diorg pilih kasih huh! Keciwaaa khenn sbb tak dapat), tapi tak kecewa sangat sebab goodie bag dia sangat comey!! (Sila lihat rajah dibawah) Sebab bukan selalu dapat bergambar dengan prop2 yang comey.. Hee (oke la jakun jugak, huh!)
Ok nak citer jugak.. First time makeup properly #betul2.. Selepas amik tips from fynahere.com and linda hallberg. Pada yang nak guna khidmat saya boleh tinggalkan details diruang comment.. Haha.. (Gelak guling2..)







(Ko masih bercakap bila semua dah ready adeii..)

Bila semua tak gheti duduk diam.. 


ThePoplook.com

Hai uolss!!
Alhamdulillah mood nak update blog dah datang so.. Kalau ada citer yang paling latest kita akan kongsi oke~ hee..
Termasuk lah mood nak shopping online ahakss.. Ok, kita tak boleh tengok baki simpanan ada kat dalam bank.. Ada je idea nak menghabiskan nyer.. Sebab tu jgn tanya hari pertama gaji kita kosongkan bank.. Opps~ stailista! Membebel lak..
Salah satu store online yang kerap kita usha~ ialah thepoplook.com.my Apa yang menarik nya? Kita suka tengok maxi dress diorg sesuai dengan style muslimah kan.. Oppss~ stylista ahaaakss.. Harga not bad lah.. Sebab tu selalu usha dulu.. Tunggu gaji masuk grab terus hee.. Masuk ni kita dah dua kali order.. Service pun sangat cepat alhamdulillah saya suka.. Material dia pun kita suka untuk yang chiffon ada siap dengan lining cantik.. Disebabkan kita tinggi 168cm kita suka sangat saiz untuk tall product.. 
Memandangkan kita suka buat kajian  #baceblogorg.. Some of them xsuka dengan produk diorg terima.. But for me saya suka sangat.. Untuk peringatan lah kan.. Sila baca material description dulu betul2, saiz betul2.. Jangan nampak cantik or orang lain pakai nak pakai jugak terus masuk bakul padahal saiz tak sesuai, ingat lycra dapat chiffon..  
So.. Bershopping lah dengan bijak! (Remind diri sendiri jugak hee)

This is one of my fav dress!! Kita beli time sale RM55 je.. 



Wednesday, 20 November 2013

Modbox Beauty Box!!

Yeay!!! 
Hari ini kita happy sangat sebab parcel dari Modbox dah sampai hee..
Pada yang tak tahu lagi Modbox ialah online store yang menjual produk2 kecantikan diri dari brand2 terkemuka di Malaysia macam online store yang lain Hishop. BestBuy.com, Rakuten Malaysia, Hansaegee, dll. Apa yang best sangat? Apa yang menarik perhatian kita Modbox beauty box ada tawarkan sample from brand Murad which is dia punya hydrating toner dan 2 lagi pilihan sample dengan harga RM9!! Total termasuk post cost RM15. Selain tu kita pilih Basis Sensitive Hand Cream dari Lavera and Lavender Herbal Body Oil and bath dari Kneipp. Sebenarnya dah lama kita nak cuba brand Murad maklumlah harga dia tak hagak2 kan beratus2 klo dapat cuba sample dia dulu boleh la kita tahu produk Murad sesuai dengan kulit kita tak.. Kalau tak nanesh sorang2 sebab tak sesuai khennn.. 
Kalau korang nak tahu cara register and dapatkan Modbox beauty box korang boleh tengok one of my fav blog di blog fynahere.com kalau malas nak cari, copy paste url ni k... http://www.fynahere.com/2013/10/modbox-beauty-box-rm9-only.html?m=1

Thanks for reading!!




Saturday, 16 November 2013

My Weekend aka Sabtu ku

Hai.. dear honey bunny sweet sayangku!!
And assalamualaikum wbt..
Hee rindu saya tak?!! (tutup muka) Tiba2 kan.. Dah lama tak update blog kita maklum lah tak ada isu yang menarik pun kan nak share.. 
Okay la, today kita share aktiviti cuti hujung minggu kita k.. Awal pagi2 Sabtu kita dah bangun memandangkan my department wat tournament bowling.. Cite pasal bowling, kita main bukan la seperti shalin zulkifli or wakil jabatan just suka2 buat aktiviti riadah.. Saya suka, saya suka!! Bak kate pepatah this is aktiviti tahunan lah.. Dan kita wajib join.. Alhamdulillah tahun 2013 ni kita dapat hadiah individu utk gurgurl ahakss.. Suka ngatt sebab tengah ujung bulan dapat lak hadiah berupa wang tunai sape nak bagi kan.. Apa lagi terus ajak hubby dating which is makan sampai kenyang.. Habis tournament tengah hari, ajak hubby makan tengah hari pastu petang ajak hubby mkn pop corn lak sambil tonton Insidius2..(takut dalam ngntok) Citer tu kita rate 2.5/5 star je.. Sebelum balik singgah tapau donut kat J.Co amik ko.. 
Sampai rumah berehat2 kat rumah sambil layan Astro sampai malam.. That's it! 

Selamat berhujung minggu bersama tersayang!!