Saturday, 8 March 2014

My Update Skin Care Routine (Natural Organic Product)

Hi sayang!! 
Macam nak tak nak je kan blog nie..  Kejap ada kejap hilang ntah ke mana..Tujuan kita berblog pun untuk kongsi something yang berguna in sha Allah.. 
AMARAN: Apa yang akan kita kongsi ni based on my experience and my skin type.. So, pada sesiapa nak cuba sila buat research terlebih dahulu and must know what your skin is needed.. And I am not a beauty expert, just share my opinion..

Last 2 month kita slowly change my skin care product to my home made natural organic skin care.. Kenapa? Sebab masalah kegawatan ekonomi heee and memandang kan kulit kita sangat sensitif susah kita nak cari product yang sesuai dengan my skin type..  Untuk maintain guna kan product yang sesuai pun jadi masalah sebab kan cost yang melampau.. Nak kata natural organic skin care product yang kita guna ni murah tak jugak.. But trust me.. Boleh tahan berbulan2 and i see da different.. (I loiiikeee) 

Trust me this need consistency. Means korang kena rajin amalkan.. Trust me in a month i feel the different, muka kita bertambah gebu @ bouncy kot (bukan sebab dah gemok okey heee) , bertambah glowing or sihat (selain amalkan vit.c rosehip), acne scars or parut jerawat kita is fading semakin pudar.. Jerawat pun dah sopan santun 2/3 days dah menghilangkan diri.. And kalau kita nak ber'makeup' pun dah senang cuma makeup yang nipis pun dah ok! But, lately kita malas nak makeup sebab makeup product is bad for your skin..

Ok, lets start the topic..
In the morning..
I use Pure Apple Cider Vineger  (with mother in it) as my Cleansing Toner- i mix with water half spray bottles of water and half bottles of Pure Apple Cider Vineger. After shake the bottles to mix them together i spray on my cotton pad and gently rub all over my face avoid the eye areas.
Then i double clensing with my Cetaphil Gentle Cleanser.
Lepas keringkan muka i use my diy Toner - i mix with Witch Hazel and a drop of Tea Tree Oils, i spray on my cotton pad and gently rub all over my face avoid the eye areas. 
And ready to go.. Or i continue with my makeup

Night skin care routine

I use 100% Organic Certified Extra Virgin Coconut Oils (EVCO) as my makeup remover or to remover all the dirts on my face.. Just take 5 drops of EVCO and apply on my face and gently rub my face and leave for a minutes.. And take a cottton pad and remove the oil on my face
Then, i use my Cleansing Toner repeat as my morning routine..
Kemudian kita kita akan steam muka kita untuk membuka pori2 buang kotoran yang tinggal.. Kita just panaskan air and letak 1 sachet Organic Green Tea dalam bekas kaca dan tutup menggunakan tuala..(biarkan selama 15-20 minit) this is best part!! Muka kita akan jadi soft sangat macam kulit baby.. I will do this bila kita rasa muka kita sangat2 kotor.. 
Okey next step lepas keringkan muka i use Organic 100% Raw Honey (unfiltered or unpasturized) as my mask - i mix with Nutmeg, Ground Cinnamon or Tumeric, mix them sampai sebati dan warna mask jadi gelap (bukan campuran yang cair it is not working) apply on your face and leave for 15-30 minutes
Kemudian kita akan cuci muka dengan jadikan mask kita sebagai exfoilater or scrub, kita akan gently rub in circular motion all over my face with water on my hand and wash my hand and rub again and wash my hand repeatly over and over again until all the mask is clear on my face.. I do this daily for best result!!
Lastly kita gunakan 2 drops of 100% Organic Certified Extra Virgin Coconut Oils (EVCO)  as my Moisturizer.
For extra acne treatment i use Tea Tree Oils put a drops on cotton buds and put on my acne or jerawat then, take my Mario Badescu Drying Lotion and also put on my acne..This is working jerawat kita yang besar kering in 24hrs je.. Love it!!  Ready to sleep..
The ends.. 

Thanks for reading..  For more info about the price or where can you buy just leave your comments below..







Friday, 13 December 2013

Review: Murad Resurgence @ Hydrating Toner

It's all about my routine!!
Hai syg2! Last few weeks kita ada share about ModBox Beauty Box! So, today kita nak review about Murad Hydrating Toner dari Modbox Beauty Box! Memandangkan sebelum ni kita just pakai Toner from Clean & Clear je plus Smoother (pink) from Etude House dan dah habis pun pakai so far kulit kita tak ada masalah cuma perasan kalau guna toner clean&clear sahaja kulit kita jadi kering sikit. 
After using Hydrating Toner from Murad in a month, boleh dikatakan product ni sesuai dengan muka kita. Apa yang kita perasan fungsi dia sama seperti Smoother Etude House. Memandangkan kulit kita dah tak ada masalah kulit kering or dry skin cukup sekadar kita guna Murad Hydrating Toner and apply my day cream to work dan resultnyer sampai ke petang kulit kita masih lagi lembab. Dari segi texture kita lebih suka guna Murad Hydrating Toner sebab bila kita apply rasa air biasa plus cepat meresap pada kulit tanpa rasa2 yang pelik. Memandangkan dia datang dalam spray bottles so, dah nak dekat sebulan kita guna baru kurang suku dari bottles so jimatt!! Kita bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️ 4.5/5 star!!
Fyi, i get another 3 more sample from Modbox Beauty Box!! Hee...Oppsss.. 

Okey, merujuk pada gambar di bawah tiba2 ada terselit toner form Hada Labo. Just nak review sikit je, kita beli trial pek Hada Labo after terpengaruh dengan my bff.. But! kulit kita tak sesuai guna product Hada Labo. Lepas kita terima kesan yang agak drastik which is seketol2 jerawat tumbuh kita stop pakai and buat research dengan en. Google memang tak semua kulit sesuai dengan product yang sama. So, moral of the story kalau cuba something try buat research, study dulu pengalaman orang lain sometimes berguna juga untuk kita.. Taklah terbang duit macam tue jee.. Isk isk isk..




Jelly Pong Pong from Modbox Chirstmas Edition

Okey uolls can called me 'the online shopaholic' sejak dua menjak ni rajin baca blog orang kan tu yang cepat terpengaruh hee.. 

But, kita tak ada lah shopping harga yang mahal2 walaupun kadang2 kita tau kita tak pakai pun kan.. Sebelum beli pun kita dah usha youtube, blog2 dengan wikipedia sume bagai sebelum kita beli.. Hoooiii!! i taklah beli saje2 ikot2 orang okey!! (Okeyy!! Ko memang dah terpengaruh pun kaaannn..) Kebanyakkan research yang kita dapat bagitau kenapa jenama Jelly Pong Pong ni kurang popular tapi dari segi product ramai yang puas hati and jadi salah satu product kegemaran diorang. So, disebabkan review diorang sume ok, pe lagi mak grab lah satu untuk mak uolls.. Untuk harga set makeup memang tak dapatlah kan harga RM75 include post cost (eyeliner, lipbalm, cheek stain/lipstick, eye shadow base, eyeshadow and siap bagi gift sharpener lagi kaauuu mampuuu?!!)

Tiba2 kita nak ber jelly pong pong pulak post hari ni hee.. Memandangkan Modbox buat diorang punya Chirstmas Edition as a gift lah kan tapi kita je beli untuk diri sendiri ahakss.. (Pastu jerit dalam hati yeay!!) Sampai je parcel terus bukak excited tol hee.. Bukak2 je comey gileerrr box diorang..

Keesokkan hari nyer bangun awal pagi nak try jelly pong pong punya pasal. Bila dah try jom share my review. 
Lip Cushion Lip Balm - kalau korang tau bibir kita memang sensitif from post kita sebelum ni, tapi lip cushion ni sangat2 best maksud nyer tak alergi kat bibir kita yang bermasalah ni, plus dia ada bau cherry and strawberry yang menyenangkan.
Lip/Cheek Stain- this is my fav product dalam set ni.. Sebab multipurpose kan boleh guna sebagai pemerah pipi and lipstick plus warna dia pun cantik sesuai dengan bibir kita hee.. Suke! Suke! Suke!
Eye Shadow Base/ Concealar- memandangkan kita tak pernah ada eye primer or eyeshadow base so far, bila kita guna kat atas kelopak mata dia nampak natural plus bila kita sapu eyeshadow pun tahan lama. Like it!
Eyeshadow dreaming like and Purple Eyeliner kita belum guna lagi sebab dia shimmering so, kita kurang pandai nak guna sebab kebiasaan nya akan jadi comot hee..

Fyi, Modbox ada buat macam2 set so, korang boleh lah terjah!! BUT, set Jelly Pong Pong dah kehabisan stock untuk 1st edition! Sorry guys!! But, don't worry cause diorg keluarkan set jelly pong pong yang lain!!!

Thanks for reading!! 
(mesti korang cakap kita hampehkan iye2 je wat review pastu sebenarnya dah habis stock pun kan hee..sorry sebab kita pun baru je dapat my set daaa..)










Wednesday, 4 December 2013

Review: Nexcare Acne Patch

Hye! Uolls..
Today kita nak share review about Nexcare Acne Patch membantu masalah jerawat baru #mengecutkanjerawat. Kalau korang memang jenis suka picit2 jerawat Or if korang nak tahu cara handle jerawat yang baru tumbuh kita suggest korang try this product.. Kenapa?? Sebab baru2 ni kita didatangi oleh sang jerawat bermata (yang bernanah tu..) maklumlah bila dah lama jerawat besar2 tak ada so, bila ada tu gatal la tangan nih kann..(gara2 pms ku yang memang kena ready je kannn kalau jerawat tu tiba2 ada)  So, after a few research yang kita buat dengan en. Google #bacablogorg kita berminat nak try this product. So tak payah citer panjang2 tengok gambar dibawah ok!! Hee.. 

Kita nak bagitau.. Product ni hanya akan berkesan bila korang ada jerawat yang bermata or bila jerawat tu masak whatever la.. Sebab acne patch ni akan tolong sedut jerawat yang bernanah tu tanpa korang perlu picit sampai bengkak oke! BUT, korang perlu lah meletOp kan tempat bernanah tu untuk bagi ruang Acne Patch tu berfungsi.. (cucuk guna jarum je okey! Tiba2 ada lak kang jujur guna jari dengan sepenuh tenaga memang berparutlah lepas tu kan~) Fyi, Acne Patch tu tak akan berfungsi untuk jerawat2 yang tak bermata or kesan2 jerawat lama ye.. 
My opinion, disebabkan harga dia tak lah mahal sangat which is RM12 lebih untuk 36pcs boleh didapati di Watson pun plus sangat senang nak digunakan. Kita bagi 3.5 star out of 5. Dan selepas kita guna ditempat yang bermasalah tu semalaman jerawat kita dah tak bengkak (sebab malam sebelum nyer i dah picit kan~ Hee) seperti selalu nyer.. Suka! Suka! Suka! Disebabkan perlu pakai selama 8jam so, kena lah jaga Acne Patch tu dari tertanggal selama 8jam tu.. Okey!! 
Hope this help u guys!! 


Thursday, 28 November 2013

Supplement Terbaik!! Vitamin C Rose Hip

Hi sayang!!

Ok la merujuk pada tajuk di atas. Hari ini kita nak citer details sikit mengenai kebaikan vitamin c rosehip.
Memandangkan kemungkinan besar korang dah google kat tempat lain mengenai kebaikan vitamin c rosehip ni, so kita nak citer pengalaman or testimoni kita sendiri bila amalkan vitamin c ni..
Alkisahnyer~ kita dulu rajin sangat makeup sebab kulit kita kusam mean cuci pakai berus periuk pun still tak glowing2 hehe.. Walau pun make up pergi ofis still orang tegur kita pucat.. So, cmne tu.. Sampai lah satu tahap muka kita become horrible!! Mean hodoh! Sangat menakutkan bila bangun pagi!! Tak suka! Tak suka! And memandangkan Hari Raya nak dekat kena lah cantikkan diri.. And salah satu faktor jugak kita nak cantik sebab guna apps 'Camera360' tiba2 teringin nak dapat muka flawless tanpa edit2 heee.. Sebenarnya penat nak tutup muka dengan makeup, lagi2 bila nak solat nak cabut makeup je dah 15minit!! 
Alhamdulillah lepas search produk yang patut kita cuba ialah makan supplement which is vitamin c baik untuk kulit bersihkan secara dalaman. Bila dengar je ada promosi vitamin tu cepat2 kita beli untuk 3 bulan terus (berani kan?! Xpernah cuba lak tu) dalam hati xpe la dah excited baca testimoni org lain nak juga tengok berhasil tak.. Mula la pengalaman kita amalkan vitamin c, memandangkan harga dia agak mahal sebulan RM100 nak tak nak paksa diri makan minum air banyak2!! Nak cantik ko!! Alhamdulillah seminggu kita dah nampak hasil 
1. Jerawat kita kering cepat!! Dan terkopek sendiri
2. Pori2 dekat hidung dah mengecil dan hidung kita licin je..
Dalam masa sebulan!!
1. Kulit kita makin cerah (kaki tangan muka sekali) siap cari member ukur keputihan!! Haha berjaya kalah kan musuh tradisi!! Fyi, dia sekarang pun beli dengan kita vitamin tu.. Lebiulah kak ayu and kak ina!!
2. Jerawat batu dah tak ada. Kalau keluar jerawat pun semalaman dah hilang.
Dan kita perasan..
1. Resdung kita berkurangan kalau tak pagi2 tonyoh hidung!!
2. Whitehead area hidung dah kurang!! Hampir kepada tak ada lansung klo tak dulu hari2 picit sampai luka keliling hidung!!
So, i just sharing this! Kita jual pada yang seriusly berminat! Kita akan teruskan makan vitamin c nie untuk kebaikan kulit seluruh badan. Jangan jaga muka sahaja, tangan kaki kering rentung (ahakss!! teringat tangan kakiku yang itam) 
Fyi, kita gi ofis pun dah tak pakai makeup tau tu pun org tegur kita cam aweks korea ;p Oppa~ Oppa~ Oppa!! (Ko dah kenapa!!!, sila abaikan ayat penyata terakhir tu oke!!)

Friday, 22 November 2013

Candylicious Night at Equatorial Hotel

Ye la kita jakun.. Ermm (pandang tempat lain)
Tapi tak kira! nak juga buat catatan dalam blog nie (tak suka jangan bace! Huh!) Mana tak nyer jakun first time pergi dinner, girls day out oke.. Maklum lah persatuan pun wanita harus la wanita je yang join.. Time ni la boleh bergaya sakan khenn.. Opsss~ Bak kate pepatah boleh gediks2 heee..#taklamalusangat
Kalau pergi mana2 dinner pun mesti ada tema pakaian kan.. Event malam tu bertemakan 'Colourful & Vibrant'. So, malam tu kita pakai green chiffon dress from ThePoplook.com. Sepanjang event of the year kitorg, event ni paling best la dari segi makanan memang terbaik! Kita tambah mushroom soup 2 kali oke.. Ingat nak tambah lagi, malu laks.. Persembahan pun tak boring.. Walaupun tak berapa bertuah malam tu which is grand prize dia Samsung Led Tv!! (padahal balik cite ngan hubby diorg pilih kasih huh! Keciwaaa khenn sbb tak dapat), tapi tak kecewa sangat sebab goodie bag dia sangat comey!! (Sila lihat rajah dibawah) Sebab bukan selalu dapat bergambar dengan prop2 yang comey.. Hee (oke la jakun jugak, huh!)
Ok nak citer jugak.. First time makeup properly #betul2.. Selepas amik tips from fynahere.com and linda hallberg. Pada yang nak guna khidmat saya boleh tinggalkan details diruang comment.. Haha.. (Gelak guling2..)







(Ko masih bercakap bila semua dah ready adeii..)

Bila semua tak gheti duduk diam.. 


ThePoplook.com

Hai uolss!!
Alhamdulillah mood nak update blog dah datang so.. Kalau ada citer yang paling latest kita akan kongsi oke~ hee..
Termasuk lah mood nak shopping online ahakss.. Ok, kita tak boleh tengok baki simpanan ada kat dalam bank.. Ada je idea nak menghabiskan nyer.. Sebab tu jgn tanya hari pertama gaji kita kosongkan bank.. Opps~ stailista! Membebel lak..
Salah satu store online yang kerap kita usha~ ialah thepoplook.com.my Apa yang menarik nya? Kita suka tengok maxi dress diorg sesuai dengan style muslimah kan.. Oppss~ stylista ahaaakss.. Harga not bad lah.. Sebab tu selalu usha dulu.. Tunggu gaji masuk grab terus hee.. Masuk ni kita dah dua kali order.. Service pun sangat cepat alhamdulillah saya suka.. Material dia pun kita suka untuk yang chiffon ada siap dengan lining cantik.. Disebabkan kita tinggi 168cm kita suka sangat saiz untuk tall product.. 
Memandangkan kita suka buat kajian  #baceblogorg.. Some of them xsuka dengan produk diorg terima.. But for me saya suka sangat.. Untuk peringatan lah kan.. Sila baca material description dulu betul2, saiz betul2.. Jangan nampak cantik or orang lain pakai nak pakai jugak terus masuk bakul padahal saiz tak sesuai, ingat lycra dapat chiffon..  
So.. Bershopping lah dengan bijak! (Remind diri sendiri jugak hee)

This is one of my fav dress!! Kita beli time sale RM55 je..