Thursday, 28 February 2013

Ovarian Cyst

Hi, today kita nak share pasal pengalaman kita menghadapi Ovarian Cyst.
How i detect?
Sebenarnya, agak lama juga kita perasan akan kepelikan kebuncitan perut kita. Disebabkan tak pernah rasa sakit selain ketika datang period which is i taught itu adalah senggugut biasa kita pun buat lah tak tahu sehingga kawan2 office kita tegur kita mengandung ke? lepas tu cakap la buncit je ni, bila diorang pegang perut kita sangat keras dan masing2 suruh kita buat checkup.. Pada 4.2.2013, bila datang rajin kita nak pergi hospital untuk checkup which is sebenarnya nak teman hubby amik mc sebab demam kan tu yang join sekali kalau tak memang taaakkk lah kan.. Masuk bilik doktor, doktor suruh bukak baju (doktor pompuan) dia terus cakap nape baru datang? kita jawab lah sebab tak sakit pun.. dia terus bagitau ni cyst dan suruh pergi scan, bila dekat bilik scan semua nurse cakap cyst ni besar, macam mana nak ukur ni? besar sangat ni.. (dlm hati boleh tak jangan takut kan aku hampeh nyer m.a). Kemudian kita terus di hantar utk di refer pakar sakit puan (o&g) masa ni lah macam2 kita fikir lepas tu nanesh sorg2 Jam tu juga mak kita kol tanya sihat ke tidak sebabkan tak nak risau kan my mom terpaksa cakap kita senggugut je pastu bla bla bla. Pada 6.2.2013, doc mengesahkan ada cyst and kena buat operation.. 24.2.2013 kita kena masuk ward and operation kita pada 25.2.2013.
Admit Ward.
Disebabkan risau xdapat bilik kita daftar awal haritu jam 9:30 pg. Sampai je kat pendaftaran nurse kata bilik penuh, kita agak dah pastu kita mintak kalau boleh call kita semula bila ada bilik kosong, so nurse pun cakap dalam jam 5 baru kosong. So, untuk tenang kan and pujuk hati kita hubby ajak tengok wayang. (Sempat lagi kan ahakss..)Jam 1:30 ptg kita dapat kol dari hospital suruh check in. (sempat juga habis kan tonton wayang 'BeautifulCreature'- yang mengantukkan) Jam 2:30 kita sampai ke hospital. Sampai je nurse check tekanan darah, tinggi, berat, suhu badan. (semua ok!) Nurse mintak kita salin baju 'untuk kegunaan hospital sahaja' lepas tu doktor bius terangkan pasal bius and mintak tanda tgn surat pembedahan, surat bius, surat masuk kan darah. Lepas makan petang dihidangkan nurse mintak kita minum ubat untuk bersihkan usus (kita cirit birit lepas tu walaupun kita tak makan tengahari pun). Fyi, ubat tu adalah satu seksaan untuk kita habiskan.. kalau org tak ada darah tinggi pun boleh dapat darah tinggi serius kita masih fobia dengan ubat minum tu till now. (bukan sebotol tapi 2 botol pastu kita ngelat buang suku utk botol terakhir tu- sila jgn tiru aksi ini) bersambung...

Saturday, 16 February 2013

My Makeup Organizer

Hai!
Today kita nak share 'how i store my makeup' inspired by http://thepinkstilettos.com/2012/05/how-i-store-my-makeup/ hee.. disebabkan hubby belikan new bedroom set with new dressing table so kita cari la ideas how to decorate my own dressing table.. that's the way i find the ideas.. thanks to the blogger iza.. bila dah berkenan kita nak juga cari exactly like her cosmetics organizer.. so google punya google kita boleh dapat dekat satu laman web di facebook which is mymakeup organizer, tapi disebabkan agak mahal kita nak cari sendiri and jumpa pemborong alat display di GM Klang kedai dia berdekatan dengan eskelator (tngga bergerak tuh hee..) Kita beli acrylic 2 drawer box dengan harga RM55 and acrylic lipstick stand harga RM28 plus kita beli bracelet holder dengan harga RM10 love it sooo much.. Special thanks to my hubby sebab sanggup layan wife dia cari cosmetics organizer ni hee..







Wednesday, 13 February 2013

Lip Conditioner Mac

Hi there!!
Sorry sebab dah lama meninggalkan zaman berblog atas sebab kesibukan masa. A person who rajin baca blog kita ialah husband kita sendiri. Sometimes dia yang ingat kan 'tak tulis blog ke?!' hee..

Back to our topic, today kita nak share pasal lipbalm pulak or lip conditioner by mac. This entry just in my opinion, and just for sharing.. Kita memang ada masalah bibir kering, maksud nya bibir ko memang huduh pong! dan kita jugak memang selalu kena marah sebab tangan gatal rajin kopek bibir sampai berdarah.. one more thing kita juga alergi kalau salah pakai lipstick or lipbalm boleh menyebabkan ulser dalam mulut (aka mata ikan tuh..) teruk kan.. hurmm..

Atas sebab2 di atas juga lah kita dah try macam2 produk lipbalm or lipstick bagi bibir kita cukup lah sekadar tak kering.. Contoh nyer, Lip ice ok tapi tak tahan lama kejap2 kena pakai (ko hengat aku xde keje lain duk nak pakai lipbalm je huh! reject!)
Bodyshop lipbalm perasa strawberry serius bau dia sangat la sedap ok tapi agak panas untuk kita tak tahu lah kenapa, asal pakai je datang ulser (sakit kooottt..) macam tu la dengan yang lain jugak, Nivea lipbalm, Lipbalm & lipstick Avon, ntah jenama pe lagi ntah.. pun tak jalan.. Sebelum jumpa Lip Conditioner from Mac kita suka juga pakai product SimplySiti cantik and ok tak ada masalah tapi still tak boleh tutup bibir kering kita hurmm..

Pada sapa yang dah memang pernah pakai this product sure tak cari lain.. Lip conditioner ni of course la tahan lama, buatkan bibir kita nampak tak macam mak ngah ok (mean tak lah nampak berkilat2 bibir kita pastu bila cakap dengan orang semua duk pandang bibir kita pe hal!..) just nice, bibir kita automatik jadi lembut dan basah.. suke2! Price RM68.

So, macam mana dengan pilihan korang pulak? Jom share same2..