Hi, today kita nak share pasal pengalaman kita menghadapi Ovarian Cyst.
How i detect?
Sebenarnya, agak lama juga kita perasan akan kepelikan kebuncitan perut kita. Disebabkan tak pernah rasa sakit selain ketika datang period which is i taught itu adalah senggugut biasa kita pun buat lah tak tahu sehingga kawan2 office kita tegur kita mengandung ke? lepas tu cakap la buncit je ni, bila diorang pegang perut kita sangat keras dan masing2 suruh kita buat checkup.. Pada 4.2.2013, bila datang rajin kita nak pergi hospital untuk checkup which is sebenarnya nak teman hubby amik mc sebab demam kan tu yang join sekali kalau tak memang taaakkk lah kan.. Masuk bilik doktor, doktor suruh bukak baju (doktor pompuan) dia terus cakap nape baru datang? kita jawab lah sebab tak sakit pun.. dia terus bagitau ni cyst dan suruh pergi scan, bila dekat bilik scan semua nurse cakap cyst ni besar, macam mana nak ukur ni? besar sangat ni.. (dlm hati boleh tak jangan takut kan aku hampeh nyer m.a). Kemudian kita terus di hantar utk di refer pakar sakit puan (o&g) masa ni lah macam2 kita fikir lepas tu nanesh sorg2 Jam tu juga mak kita kol tanya sihat ke tidak sebabkan tak nak risau kan my mom terpaksa cakap kita senggugut je pastu bla bla bla. Pada 6.2.2013, doc mengesahkan ada cyst and kena buat operation.. 24.2.2013 kita kena masuk ward and operation kita pada 25.2.2013.
Admit Ward.
Disebabkan risau xdapat bilik kita daftar awal haritu jam 9:30 pg. Sampai je kat pendaftaran nurse kata bilik penuh, kita agak dah pastu kita mintak kalau boleh call kita semula bila ada bilik kosong, so nurse pun cakap dalam jam 5 baru kosong. So, untuk tenang kan and pujuk hati kita hubby ajak tengok wayang. (Sempat lagi kan ahakss..)Jam 1:30 ptg kita dapat kol dari hospital suruh check in. (sempat juga habis kan tonton wayang 'BeautifulCreature'- yang mengantukkan) Jam 2:30 kita sampai ke hospital. Sampai je nurse check tekanan darah, tinggi, berat, suhu badan. (semua ok!) Nurse mintak kita salin baju 'untuk kegunaan hospital sahaja' lepas tu doktor bius terangkan pasal bius and mintak tanda tgn surat pembedahan, surat bius, surat masuk kan darah. Lepas makan petang dihidangkan nurse mintak kita minum ubat untuk bersihkan usus (kita cirit birit lepas tu walaupun kita tak makan tengahari pun). Fyi, ubat tu adalah satu seksaan untuk kita habiskan.. kalau org tak ada darah tinggi pun boleh dapat darah tinggi serius kita masih fobia dengan ubat minum tu till now. (bukan sebotol tapi 2 botol pastu kita ngelat buang suku utk botol terakhir tu- sila jgn tiru aksi ini) bersambung...
No comments:
Post a Comment