Today kita nak kongsi pengalaman kita dekat sana. Macam biasa lah rombong cik kiah ke sana mengambil masa 1 jam 30 minit ke Port Dickson sampai je sana kitaorg pun makan di kantin. Brindley training Camp ni berpusat di Kolej Uniti so environment dekat sekolah lah ye.. Kemudian kitaorg diberi bilik which is rumah kampung ada tangga, ada 3 bilik tidur, katil double deckers, 2 bilik mandi also ada air cond..seronok juga kongsi ramai2 maklum la nama pun kem jati diri kena la mengeratkan silaturahim.
Aktiviti pertama adalah aktiviti menguji minda, dan sampai hari ini kalau bagi sekali lagi pun belum tentu boleh selesaikan ahaakss.. Lepas tu diberi group pulak.. Macam biasa kena cari nama, logo dan moto.. Memandangkan group kitorg yang lelaki nya taf2 dan perempuan nyer ala2 gurly2 dapat la nama Jambu Mantap! haha.. Simple dan paling kerap kena panggil dengan jurulatih.. Ok time malam pulak, kitaorg buat aktiviti burung hantu and sarang musang. Kitaorg disuruh tutup mata, pegang telur sebiji setiap seorg lepas tu cari botol penanda aras tanda kami dah selesai misi dalam hutan ok dan guide kitorg adalah tali rapia je.. Selesai misi pertama, kitorg group no dua yang selesai dulu not bad lah kan.. Tapi yang tak bestnyer dak2 urus setia dengki pecahkan telur masa tengah buat misi. Keluar je hutan semua dapat perfume telur eyarrrkk.. Malam tu ingatkan boleh lah balik mandi tidur dekat bilik, lepas je minum malam misi seterusnya diorg suruh pasang khemah dan rebus telur dan bermalam di sana. Ok part ni yang paling tak tahan nyamuk banyak giler, tibe2 risau sebab pernah kena denggi kan.. Tapi alhamdulillah sihat lagi hee.. Jam 4:30pagi kitorg bangun baru dapat balik bilik krooooohhh.. Kena pulak bangun awal subuh ramai2 nasib la suara sedap hee..
Next day, lepas aktiviti senaman pagi yang ntah pape.. bila dah ramai2 mula la main2 masa org suruh bersenam. aktiviti seterusnya kitorg pergi jungle tracking.. kalau suruh naik lagi pun sumpah tak nak dah.. Takut jatuh dalam cerun bukit dengan tak pakai kasut untuk naik bukit takot maaakkk!! Sampai dekat atas bukit and tengah hutan kitorg belajar nyalakan api and masak nasi dengan botol mineral dan masak nasi dalam kelapa.. Ramai peserta ngantok tunggu kayu jadi bara nak tunggu nasi tu masak or tak masak rata.. Aktiviti petang pulak kitorg belajar buat rakit dengan cara ikatan yang betul best! best! best! sebab dapat main air..Bila malam kitorg kena buat satu kenderaan yang boleh gerak jauh dengan hanya guna polisterin, straw, lidi, belon, kad board, marker, tape.. Teror tak bila kitorg menjuarai kategori ni.. (bukan ko tolong tiup belon je ke pastu pegang belon ahakss)
Next day adalah pertandingan tresure hunt.. Best3! Sebab dapat main hujan.. Isi balang air tanpa pegang baldi hanya diberi tali sahaja, lepas tu kena anyam tikar.. Disebabkan hujan makin lebat, last2 dapat buat separuh je aktiviti and bergegas balik.. The end.