Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Saturday, 14 September 2013

Brindley Training Camp, Port Dickson

Last week kita diarahkan untuk menghadiri kursus Kem Jati Diri. Memandangkan dah lama tak buat aktiviti2 lasak dengan excited nyer kita isi borang menghadirkan diri. 

Today kita nak kongsi pengalaman kita dekat sana. Macam biasa lah rombong cik kiah ke sana mengambil masa 1 jam 30 minit ke Port Dickson sampai je sana kitaorg pun makan di kantin. Brindley training Camp ni berpusat di Kolej Uniti so environment dekat sekolah lah ye.. Kemudian kitaorg diberi bilik which is rumah kampung ada tangga, ada 3 bilik tidur, katil double deckers, 2 bilik mandi also ada air cond..seronok juga kongsi ramai2 maklum la nama pun kem jati diri kena la mengeratkan silaturahim.

Aktiviti pertama adalah aktiviti menguji minda, dan sampai hari ini kalau bagi sekali lagi pun belum tentu boleh selesaikan ahaakss.. Lepas tu diberi group pulak.. Macam biasa kena cari nama, logo dan moto.. Memandangkan group kitorg yang lelaki nya taf2 dan perempuan nyer ala2 gurly2 dapat la nama Jambu Mantap! haha.. Simple dan paling kerap kena panggil dengan jurulatih.. Ok time malam pulak, kitaorg buat aktiviti burung hantu and sarang musang. Kitaorg disuruh tutup mata, pegang telur sebiji setiap seorg lepas tu cari botol penanda aras tanda kami dah selesai misi dalam hutan ok dan guide kitorg adalah tali rapia je.. Selesai misi pertama, kitorg group no dua yang selesai dulu not bad lah kan.. Tapi yang tak bestnyer dak2 urus setia dengki pecahkan telur masa tengah buat misi. Keluar je hutan semua dapat perfume telur eyarrrkk.. Malam tu ingatkan boleh lah balik mandi tidur dekat bilik, lepas je minum malam misi seterusnya diorg suruh pasang khemah dan rebus telur dan bermalam di sana. Ok part ni yang paling tak tahan nyamuk banyak giler, tibe2 risau sebab pernah kena denggi kan.. Tapi alhamdulillah sihat lagi hee.. Jam 4:30pagi kitorg bangun baru dapat balik bilik krooooohhh.. Kena pulak bangun awal subuh ramai2 nasib la suara sedap hee..

Next day, lepas aktiviti senaman pagi yang ntah pape.. bila dah ramai2 mula la main2 masa org suruh bersenam. aktiviti seterusnya kitorg pergi jungle tracking.. kalau suruh naik lagi pun sumpah tak nak dah.. Takut jatuh dalam cerun bukit dengan tak pakai kasut untuk naik bukit takot maaakkk!! Sampai dekat atas bukit and tengah hutan kitorg belajar nyalakan api and masak nasi dengan botol mineral dan masak nasi dalam kelapa.. Ramai peserta ngantok tunggu kayu jadi bara nak tunggu nasi tu masak or tak masak rata.. Aktiviti petang pulak kitorg belajar buat rakit dengan cara ikatan yang betul best! best! best! sebab dapat main air..Bila malam kitorg kena buat satu kenderaan yang boleh gerak jauh dengan hanya guna polisterin, straw, lidi, belon, kad board, marker, tape.. Teror tak bila kitorg menjuarai kategori ni.. (bukan ko tolong tiup belon je ke pastu pegang belon ahakss)

Next day adalah pertandingan tresure hunt.. Best3! Sebab dapat main hujan.. Isi balang air tanpa pegang baldi hanya diberi tali sahaja, lepas tu kena anyam tikar.. Disebabkan hujan makin lebat, last2 dapat buat separuh je aktiviti and bergegas balik.. The end.


Wednesday, 31 July 2013

I don't mean it!

Hi! 
Sayangku sekalian hari ini adalah hari yang menyakitkan kepala.. bila mana kena siap kan kerja2 ofis sebelum cuti raya yang panjang.. huh! ditambah dengan kes2 luar biasa yang memerlukan otak berkerja lebih masa sikit.. and kerja2 dirumah juga perlu diselesaikan (sampai kdg2 langsung tak cara hee.. nasib lah husben memahami ahakss..) 
Back to the topic, someone sampai tegur what wrong with my face haha.. bila muka penat yang keterlaluan sampai tak boleh nak tutup sorry i don't mean it.. i just a normal person yang tak boleh sembunyi kan muka or berlakon bila something just happen to me.. kalau penat ke? xpaham ke? marah ke? teruja ke? senang je org lain nak detect kadang2 malu gak camne la sampai org boleh perasan apa aq rasa haha..
This is what called tabiat dari kecik.. yup kita memang suka berkerut, bukan berkerut tak paham tau... biasa nyer kalau kita berkerut sebab kita tengah pikir kan something biasa pikir masalah tu la sebab cuba flash back apa yang kita paham dan kebiasaan jugak org akan tegur kita paham tak? haha..  (bongok gak aku nih tak boleh ke kalau tak berkerut dahi tu..) Tapi kadang2 bila kita tak perlu cakap apa2 orang dah boleh faham kita pun adalah sesuatu yang menyeronok kan jugak hehe.. and tiba2 juga kita akan rasa terharu bila mana ada org yang sangat memahami kita.. So, i will try my best to sembunyikan perasaan kita untuk tak ditunjukkan dengan raut muka kita.. chaiyok..!

Tuesday, 11 June 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (PPT)

Assalamualaikum wbt/ Hi,
Okey fine nak jugak kongsi pengalaman hee.. Kita dah sedia maklum ramai yang dapat tawaran temuduga untuk jawatan ppt ni bayang kan 49k dipanggil interview.. ada akak, mak cik, adik ipar, abg, si isteri/suami kawan korang mesti dapat peluang untuk ditemudugakan.. anyway taniah!! and gud luck pada sapa yang belum pergi temuduga sebab tarikh akhir pada 14 Jun ni.. Kita sepatutnya temuduga di Putrajaya pada 17 Mei, atas faktor2 lain terpaksa kita lanjut pada 7 Jun. Utk pengetahuan uollss, pada 4-6 Jun kita sedang bersuka ria di PD aka berkursus hahaha (sempat je ko kan..) Nasib la kawan2 opis yang mana dapat jugak sms kita share diorang punya soalan2 interview.. sayang korang!!
Kita bukan nak bagi tips sebab kalau share pun lum tentu betol heee.. 

Ok lah, kita cite pengalaman kita je okey..  Sebelum temuduga kita buat juga preparation baca2 apa info2 terkini mengenai SPA, dan JPA, kena amik tahu siapa gelaran panel temuduga kita Dato' ke Datin ke, pastu kita pun beli jugak baju baru agak2 tak over sangat and kasut yang bertutup, kot kita pun hantar ke dobi hee.. 
Pada hari temuduga, kita dah sampai awal jam 7:30 pagi untuk daftar nama and kita merupakan orang pertama di temuduga..  Jam 8:05 kita ketuk pintu pastu dibenarkan masuk. Panel minta fail dan suruh kita duduk.. Panel sibuk bace dan tanya kita. Nama, Keje, dan ada Kelulusan apa.. Pengerusi Panel SPA tanya apa info terbaru di tempat kerja sekarang lah, kemudian Panel JPA tnya mengenai KIK dan 5S apa perbezaan. (soalan bergantung pada individu itu sendiri, kalau bukan penjawat awam mungkin dia xkan tanya soalan dalam perkhidmatan awam just pengetahuan am serba sedikit..). Kemudian Pengerusi tanya ada apa2 nak tanya. Pilih lah soalan apa2 yang terbaik. Pastu Pengerusi tanya ada lagi, dia tengok Panel JPA senyum berdua kita cakap tak de.. dia cakap ok.. Kita pun cakap terima kasih. Jam 8:15 kita dah settel.. kejap je kan.. Apa pun kita dah buat sebaik mungkin, ada rezki kita adalah kan.. xtak ada kena cuba lagi. 

Ini temuduga kita yang ke-2 ok, tapi kita tak nafi kan yang pertama tu kita tak dapat sediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT bagi penjawat awam) sebab baru bertukar so, sedih jugak kena mara.. Tahun ini LNPT kita, kita tau agak tinggi.. Redha je dengan keputusan nya nanti bayangkan nak lawan 700 calon yang lain utk dapat 1 tempat.. Urmm.. 

Sekian..