Tuesday, 11 June 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (PPT)

Assalamualaikum wbt/ Hi,
Okey fine nak jugak kongsi pengalaman hee.. Kita dah sedia maklum ramai yang dapat tawaran temuduga untuk jawatan ppt ni bayang kan 49k dipanggil interview.. ada akak, mak cik, adik ipar, abg, si isteri/suami kawan korang mesti dapat peluang untuk ditemudugakan.. anyway taniah!! and gud luck pada sapa yang belum pergi temuduga sebab tarikh akhir pada 14 Jun ni.. Kita sepatutnya temuduga di Putrajaya pada 17 Mei, atas faktor2 lain terpaksa kita lanjut pada 7 Jun. Utk pengetahuan uollss, pada 4-6 Jun kita sedang bersuka ria di PD aka berkursus hahaha (sempat je ko kan..) Nasib la kawan2 opis yang mana dapat jugak sms kita share diorang punya soalan2 interview.. sayang korang!!
Kita bukan nak bagi tips sebab kalau share pun lum tentu betol heee.. 

Ok lah, kita cite pengalaman kita je okey..  Sebelum temuduga kita buat juga preparation baca2 apa info2 terkini mengenai SPA, dan JPA, kena amik tahu siapa gelaran panel temuduga kita Dato' ke Datin ke, pastu kita pun beli jugak baju baru agak2 tak over sangat and kasut yang bertutup, kot kita pun hantar ke dobi hee.. 
Pada hari temuduga, kita dah sampai awal jam 7:30 pagi untuk daftar nama and kita merupakan orang pertama di temuduga..  Jam 8:05 kita ketuk pintu pastu dibenarkan masuk. Panel minta fail dan suruh kita duduk.. Panel sibuk bace dan tanya kita. Nama, Keje, dan ada Kelulusan apa.. Pengerusi Panel SPA tanya apa info terbaru di tempat kerja sekarang lah, kemudian Panel JPA tnya mengenai KIK dan 5S apa perbezaan. (soalan bergantung pada individu itu sendiri, kalau bukan penjawat awam mungkin dia xkan tanya soalan dalam perkhidmatan awam just pengetahuan am serba sedikit..). Kemudian Pengerusi tanya ada apa2 nak tanya. Pilih lah soalan apa2 yang terbaik. Pastu Pengerusi tanya ada lagi, dia tengok Panel JPA senyum berdua kita cakap tak de.. dia cakap ok.. Kita pun cakap terima kasih. Jam 8:15 kita dah settel.. kejap je kan.. Apa pun kita dah buat sebaik mungkin, ada rezki kita adalah kan.. xtak ada kena cuba lagi. 

Ini temuduga kita yang ke-2 ok, tapi kita tak nafi kan yang pertama tu kita tak dapat sediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT bagi penjawat awam) sebab baru bertukar so, sedih jugak kena mara.. Tahun ini LNPT kita, kita tau agak tinggi.. Redha je dengan keputusan nya nanti bayangkan nak lawan 700 calon yang lain utk dapat 1 tempat.. Urmm.. 

Sekian..

No comments: