Thursday, 28 November 2013

Supplement Terbaik!! Vitamin C Rose Hip

Hi sayang!!

Ok la merujuk pada tajuk di atas. Hari ini kita nak citer details sikit mengenai kebaikan vitamin c rosehip.
Memandangkan kemungkinan besar korang dah google kat tempat lain mengenai kebaikan vitamin c rosehip ni, so kita nak citer pengalaman or testimoni kita sendiri bila amalkan vitamin c ni..
Alkisahnyer~ kita dulu rajin sangat makeup sebab kulit kita kusam mean cuci pakai berus periuk pun still tak glowing2 hehe.. Walau pun make up pergi ofis still orang tegur kita pucat.. So, cmne tu.. Sampai lah satu tahap muka kita become horrible!! Mean hodoh! Sangat menakutkan bila bangun pagi!! Tak suka! Tak suka! And memandangkan Hari Raya nak dekat kena lah cantikkan diri.. And salah satu faktor jugak kita nak cantik sebab guna apps 'Camera360' tiba2 teringin nak dapat muka flawless tanpa edit2 heee.. Sebenarnya penat nak tutup muka dengan makeup, lagi2 bila nak solat nak cabut makeup je dah 15minit!! 
Alhamdulillah lepas search produk yang patut kita cuba ialah makan supplement which is vitamin c baik untuk kulit bersihkan secara dalaman. Bila dengar je ada promosi vitamin tu cepat2 kita beli untuk 3 bulan terus (berani kan?! Xpernah cuba lak tu) dalam hati xpe la dah excited baca testimoni org lain nak juga tengok berhasil tak.. Mula la pengalaman kita amalkan vitamin c, memandangkan harga dia agak mahal sebulan RM100 nak tak nak paksa diri makan minum air banyak2!! Nak cantik ko!! Alhamdulillah seminggu kita dah nampak hasil 
1. Jerawat kita kering cepat!! Dan terkopek sendiri
2. Pori2 dekat hidung dah mengecil dan hidung kita licin je..
Dalam masa sebulan!!
1. Kulit kita makin cerah (kaki tangan muka sekali) siap cari member ukur keputihan!! Haha berjaya kalah kan musuh tradisi!! Fyi, dia sekarang pun beli dengan kita vitamin tu.. Lebiulah kak ayu and kak ina!!
2. Jerawat batu dah tak ada. Kalau keluar jerawat pun semalaman dah hilang.
Dan kita perasan..
1. Resdung kita berkurangan kalau tak pagi2 tonyoh hidung!!
2. Whitehead area hidung dah kurang!! Hampir kepada tak ada lansung klo tak dulu hari2 picit sampai luka keliling hidung!!
So, i just sharing this! Kita jual pada yang seriusly berminat! Kita akan teruskan makan vitamin c nie untuk kebaikan kulit seluruh badan. Jangan jaga muka sahaja, tangan kaki kering rentung (ahakss!! teringat tangan kakiku yang itam) 
Fyi, kita gi ofis pun dah tak pakai makeup tau tu pun org tegur kita cam aweks korea ;p Oppa~ Oppa~ Oppa!! (Ko dah kenapa!!!, sila abaikan ayat penyata terakhir tu oke!!)

Friday, 22 November 2013

Candylicious Night at Equatorial Hotel

Ye la kita jakun.. Ermm (pandang tempat lain)
Tapi tak kira! nak juga buat catatan dalam blog nie (tak suka jangan bace! Huh!) Mana tak nyer jakun first time pergi dinner, girls day out oke.. Maklum lah persatuan pun wanita harus la wanita je yang join.. Time ni la boleh bergaya sakan khenn.. Opsss~ Bak kate pepatah boleh gediks2 heee..#taklamalusangat
Kalau pergi mana2 dinner pun mesti ada tema pakaian kan.. Event malam tu bertemakan 'Colourful & Vibrant'. So, malam tu kita pakai green chiffon dress from ThePoplook.com. Sepanjang event of the year kitorg, event ni paling best la dari segi makanan memang terbaik! Kita tambah mushroom soup 2 kali oke.. Ingat nak tambah lagi, malu laks.. Persembahan pun tak boring.. Walaupun tak berapa bertuah malam tu which is grand prize dia Samsung Led Tv!! (padahal balik cite ngan hubby diorg pilih kasih huh! Keciwaaa khenn sbb tak dapat), tapi tak kecewa sangat sebab goodie bag dia sangat comey!! (Sila lihat rajah dibawah) Sebab bukan selalu dapat bergambar dengan prop2 yang comey.. Hee (oke la jakun jugak, huh!)
Ok nak citer jugak.. First time makeup properly #betul2.. Selepas amik tips from fynahere.com and linda hallberg. Pada yang nak guna khidmat saya boleh tinggalkan details diruang comment.. Haha.. (Gelak guling2..)







(Ko masih bercakap bila semua dah ready adeii..)

Bila semua tak gheti duduk diam.. 


ThePoplook.com

Hai uolss!!
Alhamdulillah mood nak update blog dah datang so.. Kalau ada citer yang paling latest kita akan kongsi oke~ hee..
Termasuk lah mood nak shopping online ahakss.. Ok, kita tak boleh tengok baki simpanan ada kat dalam bank.. Ada je idea nak menghabiskan nyer.. Sebab tu jgn tanya hari pertama gaji kita kosongkan bank.. Opps~ stailista! Membebel lak..
Salah satu store online yang kerap kita usha~ ialah thepoplook.com.my Apa yang menarik nya? Kita suka tengok maxi dress diorg sesuai dengan style muslimah kan.. Oppss~ stylista ahaaakss.. Harga not bad lah.. Sebab tu selalu usha dulu.. Tunggu gaji masuk grab terus hee.. Masuk ni kita dah dua kali order.. Service pun sangat cepat alhamdulillah saya suka.. Material dia pun kita suka untuk yang chiffon ada siap dengan lining cantik.. Disebabkan kita tinggi 168cm kita suka sangat saiz untuk tall product.. 
Memandangkan kita suka buat kajian  #baceblogorg.. Some of them xsuka dengan produk diorg terima.. But for me saya suka sangat.. Untuk peringatan lah kan.. Sila baca material description dulu betul2, saiz betul2.. Jangan nampak cantik or orang lain pakai nak pakai jugak terus masuk bakul padahal saiz tak sesuai, ingat lycra dapat chiffon..  
So.. Bershopping lah dengan bijak! (Remind diri sendiri jugak hee)

This is one of my fav dress!! Kita beli time sale RM55 je.. 



Wednesday, 20 November 2013

Modbox Beauty Box!!

Yeay!!! 
Hari ini kita happy sangat sebab parcel dari Modbox dah sampai hee..
Pada yang tak tahu lagi Modbox ialah online store yang menjual produk2 kecantikan diri dari brand2 terkemuka di Malaysia macam online store yang lain Hishop. BestBuy.com, Rakuten Malaysia, Hansaegee, dll. Apa yang best sangat? Apa yang menarik perhatian kita Modbox beauty box ada tawarkan sample from brand Murad which is dia punya hydrating toner dan 2 lagi pilihan sample dengan harga RM9!! Total termasuk post cost RM15. Selain tu kita pilih Basis Sensitive Hand Cream dari Lavera and Lavender Herbal Body Oil and bath dari Kneipp. Sebenarnya dah lama kita nak cuba brand Murad maklumlah harga dia tak hagak2 kan beratus2 klo dapat cuba sample dia dulu boleh la kita tahu produk Murad sesuai dengan kulit kita tak.. Kalau tak nanesh sorang2 sebab tak sesuai khennn.. 
Kalau korang nak tahu cara register and dapatkan Modbox beauty box korang boleh tengok one of my fav blog di blog fynahere.com kalau malas nak cari, copy paste url ni k... http://www.fynahere.com/2013/10/modbox-beauty-box-rm9-only.html?m=1

Thanks for reading!!




Saturday, 16 November 2013

My Weekend aka Sabtu ku

Hai.. dear honey bunny sweet sayangku!!
And assalamualaikum wbt..
Hee rindu saya tak?!! (tutup muka) Tiba2 kan.. Dah lama tak update blog kita maklum lah tak ada isu yang menarik pun kan nak share.. 
Okay la, today kita share aktiviti cuti hujung minggu kita k.. Awal pagi2 Sabtu kita dah bangun memandangkan my department wat tournament bowling.. Cite pasal bowling, kita main bukan la seperti shalin zulkifli or wakil jabatan just suka2 buat aktiviti riadah.. Saya suka, saya suka!! Bak kate pepatah this is aktiviti tahunan lah.. Dan kita wajib join.. Alhamdulillah tahun 2013 ni kita dapat hadiah individu utk gurgurl ahakss.. Suka ngatt sebab tengah ujung bulan dapat lak hadiah berupa wang tunai sape nak bagi kan.. Apa lagi terus ajak hubby dating which is makan sampai kenyang.. Habis tournament tengah hari, ajak hubby makan tengah hari pastu petang ajak hubby mkn pop corn lak sambil tonton Insidius2..(takut dalam ngntok) Citer tu kita rate 2.5/5 star je.. Sebelum balik singgah tapau donut kat J.Co amik ko.. 
Sampai rumah berehat2 kat rumah sambil layan Astro sampai malam.. That's it! 

Selamat berhujung minggu bersama tersayang!!



Saturday, 19 October 2013

Vitamin C Rosehip (usa)


Hai, sayang..
Today kita nak share skin food for my face plus seluruh badan..  
Ok kita tak senang2 nak offer diri jadi agent kalau kita tak percaya or sendiri tak makan or amalkn ye tak?? Sebelum ni kita dah pernah cuba vitamin c (blackmores) cuba makan collegen Dn hans berbulan pun tak nampak hasil ada juga yang buat muka kita bernanah/ berjerawat pulak mungkin tak sesuai dengan kulit kita..
Korang boleh google sendiri kebaikan vitamin c plus kebaikan rosehip..
Alhamdulillah baru masuk dua bulan lebih kita amalkan dah nampak perubahan..fyi, bukan hanya untuk putihkan muka but untuk kebaikan kulit seluruh badan..
Nak cantik jom beli vitamin c rosehip dengan kita dari pengedar original terus.. 



Harga 1 box RM60, untuk stok sebulan 2box RM100.







Saturday, 14 September 2013

Brindley Training Camp, Port Dickson

Last week kita diarahkan untuk menghadiri kursus Kem Jati Diri. Memandangkan dah lama tak buat aktiviti2 lasak dengan excited nyer kita isi borang menghadirkan diri. 

Today kita nak kongsi pengalaman kita dekat sana. Macam biasa lah rombong cik kiah ke sana mengambil masa 1 jam 30 minit ke Port Dickson sampai je sana kitaorg pun makan di kantin. Brindley training Camp ni berpusat di Kolej Uniti so environment dekat sekolah lah ye.. Kemudian kitaorg diberi bilik which is rumah kampung ada tangga, ada 3 bilik tidur, katil double deckers, 2 bilik mandi also ada air cond..seronok juga kongsi ramai2 maklum la nama pun kem jati diri kena la mengeratkan silaturahim.

Aktiviti pertama adalah aktiviti menguji minda, dan sampai hari ini kalau bagi sekali lagi pun belum tentu boleh selesaikan ahaakss.. Lepas tu diberi group pulak.. Macam biasa kena cari nama, logo dan moto.. Memandangkan group kitorg yang lelaki nya taf2 dan perempuan nyer ala2 gurly2 dapat la nama Jambu Mantap! haha.. Simple dan paling kerap kena panggil dengan jurulatih.. Ok time malam pulak, kitaorg buat aktiviti burung hantu and sarang musang. Kitaorg disuruh tutup mata, pegang telur sebiji setiap seorg lepas tu cari botol penanda aras tanda kami dah selesai misi dalam hutan ok dan guide kitorg adalah tali rapia je.. Selesai misi pertama, kitorg group no dua yang selesai dulu not bad lah kan.. Tapi yang tak bestnyer dak2 urus setia dengki pecahkan telur masa tengah buat misi. Keluar je hutan semua dapat perfume telur eyarrrkk.. Malam tu ingatkan boleh lah balik mandi tidur dekat bilik, lepas je minum malam misi seterusnya diorg suruh pasang khemah dan rebus telur dan bermalam di sana. Ok part ni yang paling tak tahan nyamuk banyak giler, tibe2 risau sebab pernah kena denggi kan.. Tapi alhamdulillah sihat lagi hee.. Jam 4:30pagi kitorg bangun baru dapat balik bilik krooooohhh.. Kena pulak bangun awal subuh ramai2 nasib la suara sedap hee..

Next day, lepas aktiviti senaman pagi yang ntah pape.. bila dah ramai2 mula la main2 masa org suruh bersenam. aktiviti seterusnya kitorg pergi jungle tracking.. kalau suruh naik lagi pun sumpah tak nak dah.. Takut jatuh dalam cerun bukit dengan tak pakai kasut untuk naik bukit takot maaakkk!! Sampai dekat atas bukit and tengah hutan kitorg belajar nyalakan api and masak nasi dengan botol mineral dan masak nasi dalam kelapa.. Ramai peserta ngantok tunggu kayu jadi bara nak tunggu nasi tu masak or tak masak rata.. Aktiviti petang pulak kitorg belajar buat rakit dengan cara ikatan yang betul best! best! best! sebab dapat main air..Bila malam kitorg kena buat satu kenderaan yang boleh gerak jauh dengan hanya guna polisterin, straw, lidi, belon, kad board, marker, tape.. Teror tak bila kitorg menjuarai kategori ni.. (bukan ko tolong tiup belon je ke pastu pegang belon ahakss)

Next day adalah pertandingan tresure hunt.. Best3! Sebab dapat main hujan.. Isi balang air tanpa pegang baldi hanya diberi tali sahaja, lepas tu kena anyam tikar.. Disebabkan hujan makin lebat, last2 dapat buat separuh je aktiviti and bergegas balik.. The end.