Monday, 26 August 2013

Smelly No More Deodorant

Hi! Guys/Girls..
Hari ni saya nak share pasal Deodorant. Why aa?? Ok la kita nak bagitau lepas kita buat pembedahan Cyst yang lepas, kita terpaksa mengambil injection Lucrin untuk mencegah cyst tersebut jadi balik dalam masa terdekat.. So, nak dijadikan cerita kesan dari injections tersebut badan kita mengalami perubahan hormon which is, peluh berlebihan. Akibat peluh yang berlebihan badan bahagian bawah lengan kita sangat2 kerap berpeluh dan .... (Ok tak payah details sgt) Sampai hari2 suruh hubby spotcheck ada bau badan tak urmmm.. And husben kita pun tahu sebelum ni wife dia xada masalah bau badan pun, so nak tak nak dia lah yang kena soal dek bini dia nie..

So, macam2 produk kita beli ok untuk mencegah selama2 nya.. Giler ko tak risau!! Kadang2 sampai terpaksa tenangkan diri wat keje perlahan2 padahal bos dah tunggu kat bilik meeting.. (adeii..). Some produk yang kita tak suggest adalah Dr.Mist sebab bau dia tak menyenangkan dan saya memang tak pakai deodorant spray sebab akan menyebabkan bawah lengan kita hitam ( sebenarnya ko tak gheti guna pun kan..) 

Ok! Ni apa yang kita buat untuk mengembalikan bau badan kita yang wangi acececehh.. (sila muntah..) Kita beli Deodorant Crystal Smelly no More ni dekat Watson price RM16.90. Kita guna selepas kita dah sudah mandi means sila letak di bilik air ok! sebab dia bukan seperti deodorant stick yang lain.. Dan tak ada isu deodorant tu meninggalkan bau sebab guna memang lepas badan tengah wangi melainkan korang tak bersihkan bawah lengan tu... Pastu biarkan kering barulah sapu deodorant stick kita yang baru Nivea disebabkan bau Rexona sangat kuat kita terpaksa tukar.. Jangan lupa spray body mist, kita guna Musk from Body Shop. Last skali my edp Britney Spears. In Sha Allah wangi.. Sebab my hubby pun kate wife dia dah wangi balik.. Hee.. 

Daa..

Sunday, 18 August 2013

As Part-time Wedding Photographer











Hi, tiba-tiba share pasal wedding kan orang sibuk2 beraya ko cerita pasal wedding pulak.. Fyi, this is my sister in law punya wedding pada 3 Syawal haritu bersamaan 10.8.2013. Memandangkan kita jadi part-time photographer gambar kita tak ada isk isk.. habis je majlis petang tu kita terus pengsan okey.. sangat penat!! (Baru ko tauuu..) Gambar2 di atas kita tak edit pun hee kembang hidung..Okey lah kan bagi orang tak gheti pegang camera pun, tol tak.?? So, pada sapa2 yang berminat untuk menggunakan khidmat kita boleh email kita (hahaha ketawa guling2..) Daaa...




Wednesday, 31 July 2013

I don't mean it!

Hi! 
Sayangku sekalian hari ini adalah hari yang menyakitkan kepala.. bila mana kena siap kan kerja2 ofis sebelum cuti raya yang panjang.. huh! ditambah dengan kes2 luar biasa yang memerlukan otak berkerja lebih masa sikit.. and kerja2 dirumah juga perlu diselesaikan (sampai kdg2 langsung tak cara hee.. nasib lah husben memahami ahakss..) 
Back to the topic, someone sampai tegur what wrong with my face haha.. bila muka penat yang keterlaluan sampai tak boleh nak tutup sorry i don't mean it.. i just a normal person yang tak boleh sembunyi kan muka or berlakon bila something just happen to me.. kalau penat ke? xpaham ke? marah ke? teruja ke? senang je org lain nak detect kadang2 malu gak camne la sampai org boleh perasan apa aq rasa haha..
This is what called tabiat dari kecik.. yup kita memang suka berkerut, bukan berkerut tak paham tau... biasa nyer kalau kita berkerut sebab kita tengah pikir kan something biasa pikir masalah tu la sebab cuba flash back apa yang kita paham dan kebiasaan jugak org akan tegur kita paham tak? haha..  (bongok gak aku nih tak boleh ke kalau tak berkerut dahi tu..) Tapi kadang2 bila kita tak perlu cakap apa2 orang dah boleh faham kita pun adalah sesuatu yang menyeronok kan jugak hehe.. and tiba2 juga kita akan rasa terharu bila mana ada org yang sangat memahami kita.. So, i will try my best to sembunyikan perasaan kita untuk tak ditunjukkan dengan raut muka kita.. chaiyok..!

Tuesday, 30 July 2013

My new skincare product!

Hi!
Memandangkan Syawal kian menjelma dan Hari Raya bakal tiba mesti ramai sibuk cari baju baru, perabot baru dan paling best kete baru.. hee.. Maklumlah semua nak cantik termasuk penjagaan diri terutama muka kite.. awal2 ramadhan aritu kita dah sibuk cari skincare yang paling mujarab untuk muka kite.. Hasil dari research kita di Youtube and Instagram, kita dengan jaya terpengaruh dengan produk diorang pakai.. 

1. Cleanser Facial Wash kita masih menggunakan Clean & Clear Fruit Essentials Facial Cleanser Energizing Berry.
2. Scrub muka kita gunakan Neutrogena Deep Clean for brightening Mulberry Foaming Scrub disebabkan ramai yang gunakan product Neutrogena kita pun try guna scrub dia dan kita sukee..
3. Exfoliation Toner Smoother dari Etude House kita dah dekat 4 bulan juga guna untuk bagi muka kita lembab macam letak air dekat muka.. disebabkan dia tak ada kesan2 sampingan kita akan terus gunakan sebagai moisturizer kite.. 
4. Selain tu, kita gunakan Milky Lightening Dew Toner dan Night Cream dari Garnier kita beli product ni sebab ada masalah untuk hilangkan bekas2 jerawat dan bintik2 hitam yang ada dekat muka so far kulit kita tak berkesan sangat guna produk ni but produk ni bermanfaat pada kita untuk bersihkan kotoran di muka lepas cuci muka hee..but still, i will discontinue buy this product ok..
5. Creamy Eye Treatment Kiehl's kita suggest korang try this product sebab kita pun terpengaruh dengan budak2 youtube hee.. Disebabkan muka kita dah kurang masalah jerawat yang teruk kita nak bg tumpuan pulak untuk mata kita maklumlah usia dah meningkat mata pun dah berlayer2.. Bagi yang nak dapatkan produk ni korang boleh cari di www.rakuten.com.my 
6. Supplement this is the secret bila tiba2 kita bersemangat untuk jaga muka kita.. Vitamin C Rosehip agak membantu muka kita pudarkan kesan2 jerawat plus tiada lagi jerawat di muka.. Suke sangatt.. kita tahu this product via my Instagram hee..

So this is my skincare product buat masa ni.. Sebenarnya kita suka try product2 baru and find the best combinations for my face..



Cornflakes Madu Homemade

Hi! 
Selamat Menyambut Ramadhan pada semua umat Islam.. Today kite nak cite kite buat kuih raya Cornflakes Madu dengan jaya nya heee.. Disebabkan my hubby memperkotak katikkan wife dia dengan memandang wife dia sebelah mata akan kebolehan membuat kuih raya maka dengan rasa tercabar nya kita mengagahkan diri buat kuih raya favorite dia..  Just nak share resepi ala kita je.. Let's get started..

1. 1/2 buku Butter dalam 125gram
2. 1/2 cawan Gula Kastor (ikut suka korang boleh gak hee..)
3. 5 sudu  madu
4. Coklat rice
5. 1 Kotak Nestle Cornflakes
6. Cup dan Oven untuk membakar

Cara2 nya.. ahaks... 
1. Cairkan butter dan tambah gula sehingga larut dengan api yang perlahan
2. Masukkan madu.. biar kan dia sejuk sekejap (takut panas2 penyek cornflakes nanti tapi jangan sampai keras pulak butter tu)
3. Gaulkan dengan cornflakes bahan2 tadi..
4. Masukkan dalam cup dan tabur coklat rice. Panaskan oven 150 c. Bakar cornflakes tadi dalam 3-5 minit.. 
5. Sedia dihidang..

Senangkan kuih raya favorite hubby and kite hehe.. Bila dah siap and hidang kat hubby dia cakap 'sedaaapp chef micheal..' malam tu dia habiskan dekat 1  balang jugak lah..  





Tuesday, 11 June 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (PPT)

Assalamualaikum wbt/ Hi,
Okey fine nak jugak kongsi pengalaman hee.. Kita dah sedia maklum ramai yang dapat tawaran temuduga untuk jawatan ppt ni bayang kan 49k dipanggil interview.. ada akak, mak cik, adik ipar, abg, si isteri/suami kawan korang mesti dapat peluang untuk ditemudugakan.. anyway taniah!! and gud luck pada sapa yang belum pergi temuduga sebab tarikh akhir pada 14 Jun ni.. Kita sepatutnya temuduga di Putrajaya pada 17 Mei, atas faktor2 lain terpaksa kita lanjut pada 7 Jun. Utk pengetahuan uollss, pada 4-6 Jun kita sedang bersuka ria di PD aka berkursus hahaha (sempat je ko kan..) Nasib la kawan2 opis yang mana dapat jugak sms kita share diorang punya soalan2 interview.. sayang korang!!
Kita bukan nak bagi tips sebab kalau share pun lum tentu betol heee.. 

Ok lah, kita cite pengalaman kita je okey..  Sebelum temuduga kita buat juga preparation baca2 apa info2 terkini mengenai SPA, dan JPA, kena amik tahu siapa gelaran panel temuduga kita Dato' ke Datin ke, pastu kita pun beli jugak baju baru agak2 tak over sangat and kasut yang bertutup, kot kita pun hantar ke dobi hee.. 
Pada hari temuduga, kita dah sampai awal jam 7:30 pagi untuk daftar nama and kita merupakan orang pertama di temuduga..  Jam 8:05 kita ketuk pintu pastu dibenarkan masuk. Panel minta fail dan suruh kita duduk.. Panel sibuk bace dan tanya kita. Nama, Keje, dan ada Kelulusan apa.. Pengerusi Panel SPA tanya apa info terbaru di tempat kerja sekarang lah, kemudian Panel JPA tnya mengenai KIK dan 5S apa perbezaan. (soalan bergantung pada individu itu sendiri, kalau bukan penjawat awam mungkin dia xkan tanya soalan dalam perkhidmatan awam just pengetahuan am serba sedikit..). Kemudian Pengerusi tanya ada apa2 nak tanya. Pilih lah soalan apa2 yang terbaik. Pastu Pengerusi tanya ada lagi, dia tengok Panel JPA senyum berdua kita cakap tak de.. dia cakap ok.. Kita pun cakap terima kasih. Jam 8:15 kita dah settel.. kejap je kan.. Apa pun kita dah buat sebaik mungkin, ada rezki kita adalah kan.. xtak ada kena cuba lagi. 

Ini temuduga kita yang ke-2 ok, tapi kita tak nafi kan yang pertama tu kita tak dapat sediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT bagi penjawat awam) sebab baru bertukar so, sedih jugak kena mara.. Tahun ini LNPT kita, kita tau agak tinggi.. Redha je dengan keputusan nya nanti bayangkan nak lawan 700 calon yang lain utk dapat 1 tempat.. Urmm.. 

Sekian..

Monday, 15 April 2013

WeChat Applications

Hye dear~

Sape dah ada account WeChat? angkat tangan!! Hee..
New things to try.. Jom tambah friends dalam WeChat..
Sebab dia best! Buat masa ni apa2 msj kita dapat agak cepat. and boleh senang2 walkie talkie dengan my friend hee.. dan emoticon diorang boleh gerak2 (cerita sambil mata bersinar sinar hee)

#this is conversation with my hubby, bila kita cakap kita nak balik kampung.